Pengelola Jemaah Haji atau lebih mudah disebut sebagai PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh pihak Tabung Haji bagi memastikan kelancaran dan keselesaan para jemaah haji dari Malaysia.
Pengelola Jemaah Haji ini berfungsi sebagai pengantara yang menguruskan segala keperluan jemaah haji, dari persiapan sebelum berangkat sehinggalah kembali ke tanah air. Bagi tahun 2025, sebanyak 37 syarikat telah berdaftar sebagai Pengelola Jemaah Haji ini.
Bagi anda yang telah mendapat tawaran haji atau ingin melakukan ibadah ini sekali lagi, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel untuk ketahui lebih lagi, tentang perkhidmatan ini.
Apa itu PJH Haji?
Pengelola Jemaah Haji atau PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh Tabung Haji (TH) pada tahun 1420H/2000M bagi memastikan kelancaran urusan jemaah.
Mereka merupakan pihak yang diberi lesen untuk beroperasi memberikan Perkhidmatan Pakej Haji yang mempunyai nilai tambah bagi beberapa aspek perkhidmatan di bawah pemantauan TH mengikut peruntukan-peruntukan dalam Akta 535 Akta Tabung Haji 1995.
Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji ini selalunya digunakan oleh jemaah haji swasta atau jemaah yang memperolehi jemputan daripada pihak Kerajaan Arab Saudi. Jemaah haji swasta di sini, bukanlah bermaksud jemaah ini tidak berdaftar dengan Tabung Haji.
Ia merujuk kepada jemaah yang telah mendaftar, tetapi bukan jemaah haji kali pertama. Mereka ini ialah orang yang ingin menunaikan ibadah ini buat kali kedua atau seterusnya. Oleh itu, Jemaah Haji jenis ini sangat digalakkan untuk mengambil perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji yang berdaftar dengan TH.
Perkhidmatan PJH Haji
Antara perkhidmatan dan nilai tambah yang disediakan PJH bagi memastikan kelancaran proses ibadah para jemaah di bawah mereka adalah:
- Pengurusan Penginapan: Memastikan jemaah mendapat penginapan yang selesa dan strategik berhampiran dengan lokasi ibadah dilakukan.
- Pengurusan Makanan: Makanan halal yang berkhasiat disediakan bagi memastikan kesihatan dan tenaga jemaah terjamin sepanjang ibadah haji.
- Bimbingan Ibadah: Khidmat bimbingan ibadah disediakan sebelum dan semasa berada di tanah suci untuk memastikan jemaah melaksanakan haji dengan sempurna mengikut tuntutan syariah.
- Khidmat Kesihatan: Klinik Tabung Haji menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk jemaah, termasuk rawatan perubatan dan khidmat nasihat kesihatan.
- Pengurusan Logistik: Pengelola Jemaah Haji menguruskan segala aspek logistik seperti pengangkutan, urusan bagasi, dan perjalanan bagi memudahkan pergerakan jemaah haji.
Manfaat Menggunakan Pengelola Jemaah Haji
Menggunakan perkhidmatan PJH memberi pelbagai manfaat kepada jemaah haji, antaranya:
- Keselesaan dan Kemudahan: Jemaah dapat menikmati penginapan dan makanan yang teratur serta kemudahan logistik yang efisien.
- Bimbingan dan Sokongan: Jemaah mendapat bimbingan dan sokongan berterusan sepanjang tempoh ibadah haji.
- Keselamatan dan Kesihatan: Perlindungan dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan membantu jemaah menjaga kesihatan dan keselamatan mereka.
Senarai Pengelola Jemaah Haji 2025
Berikut merupakan senarai 37 syarikat Pengelola Jemaah Haji yang telah dipilih oleh Tabung Haji sendiri:
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan PJH, jemaah boleh melayari laman web rasmi Tabung Haji.