Piala MFL 2023: Siaran Langsung, Keputusan, Jadual Perlawanan

Piala MFL 2023 merupakan Liga Simpanan Bawah-23 2023 bagi Liga Super Malaysia.

Piala MFL 2023 merupakan edisi pertama penganjuran kejohanan ini yang dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pemain remaja berumur bawah 23 tahun.

Bagi merancakkan lagi perlawanan, MFL juga telah membenarkan penyertaan kuota kepada 5 pemain lebih umur, termasuk 3 pemain asing dalam setiap pasukan dengan hanya 2 pemain sahaja yang dibenarkan bermain untuk setiap perlawanan.

Objektif Piala MFL

Kejohanan ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pemain berumur 23 tahun untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, kejohanan ini merupakan medium terbaik bagi para pemain ini untuk menunjukkan kebolehan agar terpilih untuk bermain dengan pasukan utama mereka di Liga Super Malaysia.

Piala MFL juga memberi peluang kepada 5 orang pemain senior untuk kekal beraksi secara kompetetif dan mengekalkan kecergasan mereka walaupun tidak lagi layak untuk bermain dengan pasukan utama di Liga Super Malaysia.

Artikel berkaitan: Jadual Liga Super 2023: Kedudukan Terkini & Tarikh Perlawanan

Format Pertandingan

Kejohanan Piala MFL 2023 ini akan dimainkan seperti berikut:

  • Peringkat liga: 15 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A akan dianggotai 8 pasukan dan kumpulan B akan dianggotai 7 pasukan yang masing-masing di tarik dari balang Zon Tengah, Utara, Selatan, Timur, Borneo dan Kelab 1 Negeri.
    • Pusingan 1 Dibahagikan dalam dua kumpulan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 2
    • Pusingan 2 Terdiri satu kumpulan lapan pasukan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati
  • Peringkat kalah mati: Peringkat kalah mati adalah perlawanan akhir untuk menentukan pemenang, ianya akan dimainkan dalam satu perlawanan tunggal

Senarai Pasukan Bertanding

Penyertaan untuk Piala MFL ini terdiri dari kesemua skuad bawah 23 tahun dari kesemua 14 pasukan yang bertanding dalam Liga Super.

Selain itu, turut melengkapkan senaria 15 pasukan dalam kejohanan ini adalah pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Projek FAM-MSN.

Senarai penuh pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini adalah seperti yang berikut:

Kumpulan A

  1. Terengganu FC II
  2. PDRM B23
  3. Kedah Darul Aman B
  4. Johor Darul Ta’zim II
  5. Penang B23
  6. Sabah II
  7. Kelantan United B
  8. Skuad Projek FAM-MSN

Kumpulan B

  1. KL City Extention
  2. Negeri Sembilan II
  3. Sri Pahang II
  4. Selangor FC 2
  5. Perak FC II
  6. Kuching City II
  7. Kelantan II

Jadual Perlawanan Terkini

Bagi peminat bola sepak Malaysia yang ingin mengikuti perlawanan Piala MFL, sila layari laman web rasmi FAM untuk jadual penuh perlawanan bagi kejohanan ini di pautan berikut https://www.malaysianfootballleague.com/Home/Sport atau https://cms.fam.org.my/v1/fixtures

Siaran Langsung [LIVE Streaming]

Malaysian Football League (MFL) juga mengumumkan saingan Piala MFL 2023 bakal disiarkan secara langsung di saluran YouTube MFL.

> Tonton Siaran Langsung

Kejohanan pada tahun ini merupakan edisi sulung bagi Liga Simpanan Malaysia dan tidak mustahil kejohanan ini akan ditambah baik pada masa masa akan datang.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!