PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PGDE), PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA AMBILAN SEPTEMBER 2022
Permohonan program Postgraduate Diploma in Education(PGDE) / Diploma Pascasiswazah Pendidikan UUM (open market) kini dibuka untuk pengambilan September 2022.
Calon yang berminat hanya perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Yang memiliki Ijazah Sarjana(Master) dan PhD pun layak memohon.
Ayuh, jika berminat untuk jadi cikgu dan tenaga pendidik bolehlah memohon.
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang prpgram PGDE UUM ini.
Apakah Diploma Pascasiswazah Pendidikan PGDE UUM?
Program Postgraduate Diploma in Education(PGDE) / Diploma Pascasiswazah Pendidikan UUM adalah sebuah program komprehensif yang bakal menawarkan laluan pekerjaan seperti pendidik (awam dan swasta), penggubal kurikulum, usahawan guru, content creator, mahupun tutor peribadi.
Mod Pengajian
Mod pengajian adalah seperti berikut:
- Sepenuh / separuh masa
- Minimum 3 semester ( 1 tahun)
- Secara online (f2f)
- 16 minggu praktikum keguruan di sekolah
Syarat Kemasukan PGDE UUM 2022
Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada universiti yang diiktiraf dengan PNGK 2.75 dan ke atas; ATAU
- Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.50 dan pengalaman mengajar tidak kurang dariapda 3 tahun; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UUM
Tempoh Permohonan
Permohonan akan dibuka mulai 1 Mei sehingga 31 Julai 2022.
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila isikan borang secara atas talian melalui pautan berikut:
https://apply.uum.edu.my/onlineapp/
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi En. Mohd Tarmizi Mustafa 04-9285387 dan Dr. Nurliyana Bukhari 04-9285461 (UUM SINTOK)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA
Tel : +604-928 5299
Email: [email protected]
Ahad – Rabu : 8.00 am to 5.00 pm
Khamis : 8.00 am to 3.30 pm
Rehat : 1.00 pm to 2.00 pm
Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu): Tutup
Baca juga: