Pesta Buku Kedah 2024: Jadual & Senarai Program

Warga Negeri Kedah dialu-alukan untuk beramai-ramai bagi memeriahkan Pesta Buku Kedah 2024.

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung sempena penganjuran pesta buku ini.

Penganjuran Pesta Buku Kedah

Pesta buku ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Pada tahun 2023, pesta buku ini yang berlangsung di Village Mall, Sungai Petani telah berjaya menghimpunkan lebih 50 reruai terdiri daripada pempamer seluruh negara.

Dengan tema “Pesta Buku Terbesar Utara,” pesta buku ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.

Turut berangkan dalam pesta buku tersebut ialah DYTM Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah.

Penganjuran pesta buku tersebut bermatlamatkan untuk merealisasikan misi dan visi perpustakaan ke arah memantapkan usaha untuk melahirkan generasi dan bangsa Malaysia yang berpengetahuan tinggi dan maju dalam semua perspektif pemikiran.

Tarikh & Tempat Pesta Buku Kedah 2024

Pesta buku ini akan berlangsung pada 23-29 September 2024 iaitu dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Lokasi penganjuran pesta buku ini adalah di Village Mall, Sungai Petani

Tentatif Aktiviti

Tentatif aktiviti yang bakal berlangsung dalam pesta buku ini adalah seperti berikut:

TarikhAktivitiMasa
Isnin, 23 September– KAYUHAN CEO
Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat b Tuan Haji Sakri bin Abdullah

– PERTANDINGAN HIASAN PULUT

– CERAMAH AGAMA

“Masjid Bukan Sekadar Pusat Ibadah Ianya Medium Antusias Diri” oleh Ustaz Yaakob Yusra & Usbaz Firdaus Firabib
10.30 Pagi – 1.00 Tengah Hari

3.00 Petang – 5.00 Petang

8.30 Malam – 9.30 Malam
Selasa, 24 September– PERSEMBAHAN BAKAT SI CILIK E-SPORT: FIFA 24

– CERAMAH PDRM “Cinta & Jenayah”


-PERSEMBAHAN BUSKERS
Kumpulan Ajaran Buskers
11.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

3.00 Petang – 5.00 Petang

8.30 Malam – 9.30 Malam
Rabu, 25 September– PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

-HOBI: MEMASAK ROAD TO REZEKI
Chef Mazlina Ismail

– DENDANG NYANYIAN RAKYAT
Bersama Ahmad Ramli
11.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

3.00 Petang – 5.00 Petang

8.30 Malam – 9.30 Malam
Khamis, 26 September– MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU KEDAH

– CATATAN PENDAKIAN
Haizan Runsah

CERAMAH MOTIVASI
“Manfaabkan Kehidupan Seharian” Ustaz Datuk Dr. Haji Zahazan bin Mohamed
11.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

3.00 Petang – 5.00 Petang

8.30 Malam – 9.30 Malam
Jumaat, 27 September– JOM DENGAR CERITA BUKU
Gergasi Durioo+

BAHASA MELAYU BAHASA SAYA, JUGA BAHASA KITA SEMUA
Datuk Dr. Lim Swee Tin

– MEDIA SOSIAL: GEOPOLITIK-SEBAHAGIAN HOBI & ANTUSIAS
Helmi Effendy b Ahmad Faezal
11.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

3.00 Petang – 5.00 Petang

8.30 Malam – 9.30 Malam
Sabtu, 28 SeptemberPERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA ADIK ANIQ (ABANG AJI) & PERSEMBAHAN MASKOT

– CROCHET: ADAKAH SEKADAR HOBI ATAU MENJANA PENDAPATAN?
Dabin Che Putih binti Ismail

– PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI NEGERI KEDAH
Pertahanan Diri: Tips & Demo
11.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

3.00 Petang – 5.00 Petang

8.30 Malam – 9.30 Malam
Ahad, 29 September– PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI KEDAH

– PERTANDINGAN NYANYIAN IRAMA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH

– MAJLIS PENUTUP CABUTAN BERTUAH PESTA BUKU KEDAH 2024
11.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

3.00 Petang – 5.00 Petang

8.30 Malam – 9.30 Malam

Senarai Aktiviti

Senarai aktiviti yang akan dijalankan sempena pesta buku ini adalah seperti berikut:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai pesta buku ini, sila layari Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Baca juga: Yayasan Sarawak – Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku

Bantu kami share artikel ini: