Terdapat ura-ura Perodua bakal mengeluarkan model kereta SUV terbaru yang bakal diberi nama Perodua Nexis.
Dengan kod nama Perodua D66B, model kereta baru ini kelak mungkin mirip Toyota Yaris Cross.
Walaupun nama model terbaru ini belum diumumkan secara rasmi, tekaan ini mungkin berasas memandangkan Perodua telah mendaftarkan hakcipta untuk nama “Nexis ini yang memberi gambaran nama ini bakal digunakan untuk model terbaru Perodua.
Model terbaru ini sekiranya dipasarkan kelak, bakal menjadi pesaing bagi model popular Proton X50.
Satu ciri menarik adalah kemungkinan penggunaan unit kuasa hibrid dalam Nexis.
Dengan merujuk kepada perkembangan pasaran di Indonesia, di mana Toyota Yaris Cross ditawarkan dengan versi hibrid, spekulasi dibuat bahawa Nexis juga mungkin akan mengambil langkah serupa.
Model baru yang bakal dilancarkan kelak ini dikhabarkan akan menjadi SUV segmen-B pembuat kereta itu yang akan berada di atas Ativa dalam kelasnya.
Harga
Memandangkan Perodua Nexis belum diumumkan secara rasmi oleh Perodua, maka tiada harga rasmi yang boleh dipaparkan disini.
Walau bagaimanapun, ramai menjangkakan harganya mungkin setar dengan Proton X50 atau lebih rendah untuk memberi persaingan kepada Proton X50.
Memandangkan kedudukannya yang sepatutnya dalam barisan Perodua, D66B/Nexis dijangka bermula daripada sekurang-kurangnya RM73,000, sedikit murah berbanding Proton X50 iaitu daripada RM86,300.
Sebagai perbandingan, Perodua Ativa dijual bermula dari RM62,500 sehingga RM72 ,600 (tidak mengambil kira pilihan warna yang lebih menarik).
Artikel berkaitan: Proton X50: Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi
Rekabentuk Perodua Nexis
Berikut merupakan lakaran anggaran rekabentuk Perodua Nexis yang telah dihasilkan oleh Theophilus Chin dan beberapa laman di media sosial:
Spesifikasi
Tiada spesifikasi terperincin boleh diberikan buat masa ini memandangkan pihak Perodua sendiri belum mengumumkakn mengenai Perodua Nexis ini.
Walau bagaimanapun, model ini mungkin didatangkan dengan mod hibrid.
Ini berdasarkan beberapa indikasi sebelum ini telah muncul di mana Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan CEO Perodua, telah mengesahkan bahawa Perodua akan melancarkan model hibrid pertama mereka pada tahun 2024.
Ini akan menjadi model yang sepenuhnya baru, bukan hanya sebuah varian atau facelift dari model-model yang telah ada sebelumnya.
Promosi: Dapatkan dashcam 70mai untuk memastikan keselamatan anda di jalan raya.