Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 & 4: Syarat, Cara Mohon

permohonan sbp 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda berminat untuk mengettahui cara permohonan SBP bagi tahun 2025?

Sekolah Berasrama Penu atau singkaannya SBP merupakan salah satu sebuah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya.

Tarikh Permohonan SBP 2025 / Garis Masa PKSK

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024 sahaja.

Sila rujuk garis masa PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2025/2026 di bawah:

Cara Memohon SBP Tingkatan 1 & 4

Kerajaan telah menyediakan 2 portal berasingan bagi permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 seperti yang berikut:

Panduan Permohonan SBP 2025

panduan permohonan SBP tingkatan 1

SBP Tingkatan 1

Berikut merupan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 1 bagi tahun 2025 / 2026:

1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2.Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (8 September 2024). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.
5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA). PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dalam tempoh 7 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2024.

SBP Tingkatan 4

Berikut merupakan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 4 bagi tahun 2025 / 2026:

1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2.Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (8 September 2024). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 23 September 2024 hingga 3 Oktober 2024.

Artikel berkaitan: Permohonan Sekolah Khusus 2025 (SBP/SMKA Tingkatan 1 & 4)

Semakan Tawaran Permohonan

Semakan permohonan ke SBP bagi tahun 2025 / 2026 akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat oleh KPM.

Semakan boleh dibuat melalui pautan di bawah:

  • Tingkatan 1: *pautan ke halaman semakan akan dikemaskini
  • Tingkatan 4: *pautan ke halaman semakan akan dikemaskini

Sejarah Penubuhan SBP

Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru telah memberi penekanan kepada keperluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi.

Dasar ini telah dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980) dan memberi penekanan kepada perkembangan sekolah berasrama penuh (SBP).

SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.

SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan SBP 2025 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

Tel: 03-83217400
Emel: [email protected]

Untuk perkembangan terkini mengenai permohonan ke SBP, sila layari laman web di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut