Pengambilan ATM 2025 (Pegawai Angkatan Tentera Malaysia)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENGAMBILAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BAGI TAHUN 2025

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) atau skim Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI).

Pengambilan ATM 2025

SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Sihat tubuh badan
  2. Tinggi minimum : 162 cm (Lelaki) & 157 cm (Wanita)
  3. Body Mass Index : 18.0 – 26.9
  4. Umur tidak melebihi:
    • 27 tahun pada 1 September 2025 (Graduan)
    • 30 tahun pada 1 September 2025 (ST1)

SYARAT AKADEMIK

  1. SPM mendapat Kepujian di dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  2. Lulus Ijazah Sarjana Muda dan mendapat PNGK 2.70 ke atas
  3. Telah menjalani housemanship / SYDO (STI)

Iklan Jawatan Pengambilan ATM 2025

Sila rujuk lampiran berikut untuk tawaran jawatan berikut:

  • Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) Kor Kesihatan Diraja (KKD)
  • Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan)
pengambilan atm 2025

Lokasi Penempatan

Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) terpilih akan menjalani latihan di:

  • 1. Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • 2. Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak.
  • 3. Kolej Tentera Udara – Sekolah Latihan Pegawai (KTU-SLP), Alor Setar, Kedah.

Tawaran Lantikan

  1. Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) akan dilantik ke dalam Kor Kesihatan Diraja (KKD) sebagai:
    • Pegawai Perubatan
    • Pegawai Pergigian
    • Pegawai Farmasi
  2. Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan)

    Cara Permohonan Pengambilan ATM 2025

    Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan berikut: https://jmt.mod.gov.my/index.php

    1. Pastikan No KP yang betul.
    2. Pastikan Nama mengikut No. Kad Pengenalan.
    3. Pastikan Alamat email ditaip dengan betul. Email yang dicadangkan adalah gmail atau yahoo mail.
    4. Pastikan pemohon klik pada Daftar Akaun Masukkan No.KP, Nama, alamat email, katalaluan, pengesahan katalaluan dan tekan butang Daftar Akaun Baru.
    5. Seterusnya, masuk kepada halaman login – masukkan NoKP dan Katalaluan (yang dimasukkan semasa pendaftaran) untuk membuat permohonan.
    6. Pastikan Pemohon mengikut semua langkah di atas bagi proses permohonan yang memudahkan.

    pengambilan atm

    pengambilan atm

    pengambilan atm

    Tarikh Permohonan

    Tarikh Permohonan pengambilan ATM bermula 1 November 2024 hingga 28 Februari 2025.

    Maklumat Lanjut Pengambilan ATM 2025

    Untuk maklumat lanjut berkenaan pengambilan ATM ini, sila rujuk saluran berikut:

    Jadilah sebahagian dari Angkatan Masa Hadapan ATM!

    Baca juga:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut