Pendaftaran SPM 2025 (Calon Persendirian) – Cara Mendaftar
Pendaftaran SPM 2025 utk Calon Persendirian kini telah dibuka untuk calon baru dan calon mengulang.
Calon yang berhasrat untuk mendaftar sebagai calon persendirian SPM bagi tahun ini boleh membuat pendaftaran mulai 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025 melalui portal rasmi yang disediakan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Calon Persendirian SPM 2025
Calon persendirian adalah individu yang menduduki peperiksaan SPM di luar sistem persekolahan biasa.
Calon yang berminat perlu memenuhi beberapa syarat utama, antaranya berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2025 dan mendaftar enam mata pelajaran teras.
Terbuka kepada calon baharu (pertama kali menduduki SPM) dan calon mengulang (pernah menduduki SPM sebelumnya).
Bagi calon yang pernah menduduki SPM sebelum ini dan ingin mengambil semula peperiksaan tersebut, mereka boleh mendaftar sebagai calon mengulang
Calon perlu membayar yuran asas sebanyak RM20, serta bayaran tambahan mengikut mata pelajaran yang didaftarkan. Peperiksaan dijangka akan berlangsung pada bulan November 2025.
Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran yuran peperiksaan diterima. Calon juga digalakkan untuk memilih pusat peperiksaan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka, bergantung kepada kekosongan yang ada.
Pendaftaran SPM Calon Persendirian Tahun 2025
Berikut ialah cara mendaftar sebagai calon persendirian SPM 2025:
LANGKAH 1: PENDAFTARAN
Daftar secara atas talian di https://sppat2/moe.gov.my
LANGKAH 2: PEMBAYARAN
Lakukan pembayaran di atas talian sahaja (fpx). Pembayaran yang tidak dilakukan dalam tempoh 3 hari selepas permohonan pendaftaran akan dibatalkan secara automatik.
LANGKAH 3: SEMAKAN PENDAFTARAN
Semakan pendaftaran dan cetakan Penyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP)
NOTA: Semua maklumat untuk peperiksaan spm persendirian dan spm ulangan akan disalurkan melalui email oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Oleh itu, pastikan anda menggunakan emel anda yang aktif.
Tarikh Pendaftaran SPM 2025 (Calon Persendirian)
Pendaftaran sebagai calon persendirian SPM 2025 boleh dilakukan bermula 1 MAC 2025 sehingga 30 April 2025.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman sesawang berikut: https://sppat2/moe.gov.my dan ikut cara mendaftar yang dinyatakan di atas.
Pendaftaran Lewat
Bagi calon yang mendaftar lewat (1 Mei 2025 – 15 Mei 2025) caj Daftar Lewat sebanyak RM150 akan dikenakan bagi setiap permohonan. Kecuali untuk calon lepasan SPM 2024.
Caj ini tidak termasuk dalam bayaran asas dan bayaran mata pelajaran.
Kadar Bayaran
Bayaran asas adalah sebanyak RM20.
Tiga subjek yang perlu dibayar ialah Bahasa Melayu (RM12), Sejarah (RM10.50) dan Matematik (RM10.50).
Subjek Ditawarkan
Calon yang baru pertama kali wajib mengambil 6 subjek teras yang ditawarkan, iaitu:
- Bahasa Melayu (Kod: 1103)
- Bahasa Inggeris (Kod: 1119)
- Matematik (Kod: 1449)
- Sains (Kod: 1511)
- Sejarah (Kod: 1249)
- Pendidikan Islam (Kod: 1223) atau Pendidikan Moral (Kod: 1225)
Pembetulan Maklumat & Mata Pelajaran
Jika terdapat kesalahan dalam pendaftaran, calon boleh membuat pembetulan maklumat dan mata pelajaran dalam tempoh berikut:
- 1 Mac 2025 – 15 April 2025
- Caj pembetulan: RM30.00
Pindah Pusat Peperiksaan
Sekiranya calon ingin menukar pusat peperiksaan selepas pendaftaran, permohonan untuk pindah pusat peperiksaan boleh dilakukan bermula 1 Mei 2025 – 15 Mei 2025.
Caj pertukaran: RM25.00
Pindah Menumpang Peperiksaan
Manakala, calon yang ingin menumpang di pusat peperiksaan lain dengan menggunakan angka giliran pusat peperiksaan asal juga boleh membuat permohonan bermula 1 Mei 2025. Caj bayaran RM25 akan dikenakan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Atau, emelkan ke [email protected] .
Maklumat yang dikongsikan ini adlaah tertakluk kepada pindaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pastikan anda sentiasa membuat semakan untuk info terkini.