PENDAFTARAN BOOSTER / DOS PENGGALAK ONLINE & WALK-IN UNTUK MENGEKALKAN STATUS VAKSINASI LENGKAP
Berita baik kepada semua penerima vaksin yang telah lengkap 2 dos, anda kini boleh memohon dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.
Ana kini boleh membuat janji temu suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 menerusi Booking Management System dalam aplikasi MySejahtera dari 21 Mac.
Lakukannya sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada mereka yang hanya terima vaksin primer lengkap (dos 1 & 2) selewat-lewatnya 31 Mac ini.
Selain meluaskan liputan & mempercepatkan suntikan dos penggalak terutamanya kepada warga emas, inisiatif ini juga akan bantu negara laksana fasa peralihan kepada endemik dengan selamat pada 1 April nanti.
Wajib Ambil Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media terkini memaklumkan bahawa penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas dan penerima Sinovac berusia 18 ke atas perlu dapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022 bagi mengekalkan status Vaksinasi Lengkap.
Ini bermaksud, mereka yang terlibat akan mendapat status vaksinasi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan booster yang telah ditetapkan.
Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera
Dimaklumkan bahawa pautan untuk membuat tempahan janji temu untuk vaksinasi yang dahulunya hanya untuk vaksinasi kanak-kanak, kini di buka untuk semua.
Pastikan akaun MySejahtera anda telah disahkan (verified) untuk menerima pautan ini.
Pautan akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna MySejahtera.
Sekiranya anda tidak mahu menunggu pautan ini, vaksinasi juga boleh didapati secara walk-in.
Sila semak laman sesawang ProtectHealth ( https://vaksincovid.protecthealth.com.my ) untuk senarai PPV yang menawarkan perkhidmatan walk-in untuk vaksinasi.
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:
- Tekan Helpdesk
- Mula
- Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
- Pilih maklumat seterusnya untuk pertanyaan.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.
Pendaftaran Booster Secara Walk-In Kini Dibuka
Suntikan dos penggalak (booster dose) secara ‘walk-in‘ kini dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPS) secara terus tanpa temu janji atau PPV Walk-In.
Senarai PPV boleh didapati di protecthealth.com.my.
Dengan pendekatan ini, CITF-B percaya ia akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.
Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.
Pendekatan seumpama ini juga akan membantu Kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima.
Jenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan
Ringkasan Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 secara homologus dan heterologous syor terkini daripada Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG)
Cara Mendaftar Dalam Senarai Menunggu (Waiting List)
Mereka yang layak dan memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima temu janji, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka.
Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini dengan menghubungi klinik terdekat melalui pautan berikut https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find
Anda juga boleh mendaftar dalam senarai menunggu dos penggalak vaksin COVID19 melalui MySejahtera dengan merujuk kepada HelpDesk (Pilih Option A).
Maklumat lanjut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/vaccineAppointment/