Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu

pencen penakat perkeso
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mungkin ramai antara kita yang tak pernah dengar tentang pencen PENAKAT PERKESO walaupun dah lama menjadi pencarum PERKESO.

Sebenarnya, ia adalah salah satu bentuk perlindungan bagi mereka yang kehilangan pasangan.

Di bawah skim ini, kita boleh mendapat sekurang-kurangnya RM475 sebulan atau maksimum 65% dari gaji bulanan pencarum.

Memandangkan musim wabak ini dijangka akan berlarutan, eloklah kita ambil tahu tentang pencen PENAKAT PERKESO untuk makluman bersama.

Bolehlah membantu serba sedikit bagi yang memerlukan dalam keadaan pandemik COVID-19 ini.

Apakah Pencen Penakat PERKESO?


Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Jika suami / isteri anda bekerja dan ada potongan KWSP dan SOCSO, apabila berlaku kematian suami atau kemalangan yang tidak boleh suami anda bekerja sepenuhnya, pencen Penakat boleh dituntut.

Jika berlaku kematian pasangan, suami / isteri boleh tuntut untuk pencen Penakat untuk diri anda serta anak-anak sehingga mereka habis belajar di Universiti.

Berikut adalah syarat kelayakannya.

Syarat Kelayakan

  1. Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
  2. Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya

Tempoh Kelayakan Penuh

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

Baca juga: Remote Hilang? Ini Cara Guna Smartphone sebagai Remote TV / Serbaguna

Kadar Pencen Penakat PERKESO

Kadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.

Contoh Pengiraan:
Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
Tarikh masuk skim > 01/09/2011
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014

pencen penakat

Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

pencen penakat

Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:

kiraan penakat

Nota : Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.

Baca juga: Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 (Jadual Bulanan SOCSO)

Orang Tanggungan dan Kadar Harian

Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:

Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih terperinci tentang Pencen Penakat Perkeso ini, sila rujuk pautan berikut

https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-keilatan.html

ATAU

Hubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut