Bagi pesara kerajaan, adalah penting untuk anda mengetahui tarikh dan jadual bayaran pencen bagi tahun 2025 bagi memudahkan perancangan kewangan bulanan.
Tarikh pencen bulanan bagi tahun 2025 telah diumumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Surat Pekeliling JPA.800-1/6/3(36).
Pengenalan – Bayaran Pencen Pesara 2025
Secara ringkasnya, antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan atau penerima pencen terbitan ialah :
- Ganjaran Perkhidmatan (one-off).
- Pencen Perkhidmatan (bulanan)
- Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
- Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll
Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.
Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 1 & 2
Selaras dengan pelaksanaan SSPA, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti penjawat awam yang sedang berkhidmat melalui 2 (dua) Fasa.
Justeru, bagi mendapatkan ‘gaji akhir bersamaan terbaharu’, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas gaji akhir atau *gaji akhir bersamaan pesara. (*gaji akhir bersamaan adalah gaji akhir terkini yang telah dibuat penyelarasan pada tahun 2012 khususnya bagi pesara yang telah bersara sebelum tahun 2012)
Jom sama-sama kita baca dan fahami butiran terperinci berkaitan Pelaksanaan Penyelarasan Pencen Susulan Pelarasan Gaji Pegawai Awam Tahun 2024:
- Adakah penerima pencen turut menerima penyelarasan pencen melalui SSPA?
- Bagaimanakah kaedah pengiraan penyelarasan pencen SSPA Fasa 1 dilaksanakan?
- Pengiraan pencen berdasarkan formula yang dipaparkan 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝟭𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝟭.𝟭.𝟮𝟬𝟭𝟴.
Sila rujuk infografik di bawah:
Apa maksud Gaji Akhir @ Gaji Akhir Bersamaan? Bagaimana perkiraan Tempoh Perkhidmatan dan PKKP yang digunakan bagi pengiraan penyelarasan pencen?
Rujuk infografik di bawah:
Kini segala maklumat berkaitan persaraan dan pencen boleh disemak menerusi aplikasi mudah alih MyPesara atau layari portal MyPesara https://portalmypesara.kwap.my/
Pelaksanaan PKKP ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menghargai khidmat bakti pesara/ penerima pencen.
Simulasi Penyelarasan Pencen Bagi Penerima Pencen Terendah Bagi Tempoh Perkhidmatan SEKURANG-KURANGNYA 25 Tahun
Susulan penyelarasan pencen 2024 Fasa 1, pesara / penerima pencen yang sedang menerima pencen terendah, RM1,000 (memenuhi syarat sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan), penyelarasan pencen ke atas kumpulan penerima ini turut telah dilaksanakan.
Namun, apabila pengiraan penyelarasan pencen dilaksanakan, didapati ada pesara / penerima pencen menerima amaun pencen baharu masih di bawah amaun pencen terendah, RM1,000.
Justeru, pesara / penerima pencen terbitan berkenaan akan kekal pada amaun pencen terendah, RM1,000.
Sekiranya setelah penyelarasan dibuat, amaun pencen yang diterima telah melebih RM1,000 (tidak termasuk PKKP), maka pesara / penerima pencen akan menerima pencen yang berbeza dengan amaun sebelumnya. Amaun lebih tinggi.
Prinsip ini selaras dengan Seksyen 22 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 25 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
Amaun RM1,000 tersebut akan ditambah dengan dengan amaun PKKP yang telah diterima sejak tahun 2019 hingga tahun 2023.
Bersama-sama ini dikemukakan Simulasi Penyelarasan Pencen Bagi Penerima Pencen Terendah Bagi Tempoh Perkhidmatan SEKURANG-KURANGNYA 25 Tahun.
Tarikh / Jadual Bayaran Pencen 2025
Berikut merupakan jadual bayaran pencen bagi tahun 2025:
Sumber: Facebook Rasmi Bahagian Pencen JPA
Tarikh-tarikh ini ditetapkan untuk memastikan pembayaran pencen dilaksanakan tepat pada masanya, membolehkan pesara merancang kewangan mereka dengan lebih berkesan.
Penetapan tarikh pembayaran pencen bagi tahun 2025 ini adalah sebagaimana Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
- Januari: 17.01.2025 (Jumaat)
- Februari: 19.02.2025 (Rabu)
- Mac: 21.03.2025 (Jumaat)
- April: 18.04.2025 (Jumaat)
- Mei: 21.05.2025 (Rabu)
- Jun: 20.06.2025 (Jumaat)
- Julai: 18.07.2025 (Jumaat)
- Ogos: 20.08.2025 (Rabu)
- September: 19.09.2025 (Jumaat)
- Oktober: 15.10.2025 (Rabu)
- November: 19.11.2025 (Rabu)
- Disember: 17.12.2025 (Rabu)
Untuk maklumat rasmi, rujuk Surat Pekeliling JPA.800-1/6/3(36) yang telah dikeluarkan oleh JPA.
Bantuan Khas Kewangan (BKK) Untuk Pesara Pencen & Veteran 2025
𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
- YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2025 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
- Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250;
- BKK Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut;
- Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967; dan
- Untuk semakan lanjut, layari https://www.jpa.gov.my/…/surat-edaran-bantuan-khas…
Maklumat Lanjut
Penyelarasan pencen akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam.
Untuk memudahkan gambaran kenaikan pencen yang mungkin diterima, anda bolehlah guna kalkulator yang dimuatnaik di laman web JPA Pencen : https://www.jpapencen.gov.my/cetak_wajib.html
Sila rujuk saluran berikut untuk mendapatkan info terkini berkaitan pencen:
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- Bahagian Pencen JPA
- Laman web rasmi : https://www.jpapencen.gov.my/
Artikel berkaitan: Kalkulator Pencen & Kiraan Penyelarasan Kenaikan Pencen SSPA