PKKP : Pemberian Khas Kepada Pesara (Januari – Disember 2024)

Alhamdulillah, berita baik kepada pesara! Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Beliau dalam kenyataan bertarikh 14 Disember berkata perkara itu telah dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri.

Sebelum ini, bayaran bagi Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) tahun 2023 telah dibuat mulai Julai hingga Disember 2023 dan pengumanan ini pastinya melegakan hati pesara yang terkesan.

Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bukan sahaja melegakan pesara kerajaan, tetapi juga dapat membantu mereka yang terkesan dengan kos sara hidup.

Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP)

Secara mudah difahaminya, Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah satu bentuk pembayaran khas disebabkan perbezaan amaun pencen semasa dengan pencen asal susulan keputusan dibuat mahkamah itu.

Pemberian ini bertujuan untuk menjadikan amaun diterima pesara pada Julai hingga Disember tahun ini, sama sepertimana amaun pencen semasa yang diterima.

Pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2024, kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kepentingan PKKP

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

Keputusan kerajaan memberikan PKKP sebagai satu bentuk bantuan khas itu kepada pesara adalah susulan kepada keputusan mahkamah yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Sekiranya pemberian PKKP tidak dilaksanakan, sudah pasti bayaran pencen bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012, manakala mereka yang mulai bersara 2013 dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada Disember 2013 sebanyak RM1,413.49 namun dengan pemberian PKKP sebanyak RM343.94, pesara ituu akan menerima RM1,757.43 iaitu jumlah sama yang diterima pada Jun 2023.

“Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara, selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Artikel berkaitan: Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% Kepada Pesara 2023

Keputusan Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023 memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Pelarasan tersebut mengakibatkan bayaran pencen kurang berbanding bayaran yang diterima pada Jun 2023, bayaran PKKP hendaklah diteruskan supaya pesara kerajaan dapat menikmati amaun yang sama mereka terima pada Jun 2023.

Prinsip pembayaran mana yang lebih tinggi hendaklah dibuat oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan kira-kira 870,000 pesara kerajaan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!