Pelepasan Cukai Sukan 2024: Senarai 103 Sukan Tersenarai

pelepasan cukai sukan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Musim memfailkan cukai anda tiba lagi untuk tahun 2024 dan antara pelepasan cukai yang banyak dibincangkan adalah pelepasan cukai bagi sukan.

Individu yang membeli peralatan sukan, membayar fi untuk pertandingan sukan, membayar latihan sukan adalah antara beberapa jenis pelepasan yang diberikan kepada setiap individu namun mestilah mematuhi beberapa syarat-syarat khusus yang ditetapkan.

Pelepasan cukai yang sudah meliputi pembelian peralatan dan aktiviti sukan, akan dilanjutkan untuk menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan latihan sukan untuk diri sendiri, pasangan atau anak.

did you know interesting fact background design

Sebagai contoh, sekiranya anda membayarkan yuran gimnasium bagi isteri anda, anda boleh mendapatkan pengecualian bagi pembayaran tersebut namun hanya salah seorang sama ada anda atau isteri sahaja yang boleh mendapat pengecualian tersebut.

Jumlah pelepasan cukai

jumlah pelepasan cukai
did you know interesting fact background design

Jumlah pelepasan cukai bagi pembelian peralatan dan aktiviti sukan untuk setiap individu adalah terhad sehingga RM1,000.

Jenis pelepasan cukai sukan

Peralatan dan aktiviti sukan untuk kegunaan/manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak bagi perbelanjaan seperti berikut:

  • pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] (tidak termasuk basikal dua roda bermotor);
  • bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan;
  • bayaran fi pendaftaran bagi menyertai apa-apa pertandingan sukan; dan
  • yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan

Jenis sukan yang terlibat

Secara keseluruhannya, terdapat 103 jenis sukan yang layak menndapat pelepasan cukai seperti yang tersenarai dalam Surat Pekeliling Pesuruhjaya Sukan Bilangan 2 Tahun 2023 di bawah (Sila rujuk halaman 6 hingga 13 dibawah):

Sebanyak 103 jenis sukan akan menikmati pelepasan cukai untuk latihan dan pembelian peralatan sukan mulai tahun depan.

Inisiatif pelepasan cukai yang diberikan ini akan memberi dorongan yang besar kepada masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai acara sukan dan aktiviti rekreasi.

Selain memberi faedah kesihatan yang tidak ternilai, ia juga akan menyumbang kepada pembinaan komuniti yang lebih bersemangat dan bersatu melalui semangat sukan.

Layari https://www.kbs.gov.my/…/Soalan%20Lazim%20FAQ… untuk maklumat lanjut.

Untuk jenis kategori sukan, boleh semak kategori tersebut di sini

https://www.kbs.gov.my/…/Surat%20Pekeliling%20Bilangan…

Pengecualian cukai bagi latihan

pengecualian cukai latihan sukan
did you know interesting fact background design

Syarat utama sesuatu latihan sukan itu layak diberikan pelepasan cukai adalah:

  • latihan sukan yang dianjurkan adalah seperti mana senarai sukan di bawah
    Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576];
  • latihan sukan dianjurkan oleh persatuan/kelab sukan/syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta
    Syarikat 2016; dan
  • resit pembayaran dikeluarkan oleh persatuan/kelab sukan/syarikat yang
    berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016

Latihan yang dijalankan oleh jurulatih freelance tidak layak mendapat pengecualian cukai.

Jurulatih mestilah bernaung di bawah persatuan/kelab sukan/syarikat yang berdaftar
dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.

Pertanyaan dan soalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soala mengenai pelepasan cukai sukan, boleh hubungi pegawai yang bertugas seperti berikut:

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Kementerian Belia dan Sukan
Telefon: 03 8871 3372/3408/3348

Untuk maklumat lanjut mengenai Akta Sukan, layari laman sesawang KBS.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut