Yang mana satukah antara kedua perkataan ini – pelancaran atau peluncuran yang betul penggunaannya di Malaysia mengikut pihak Dewan Bahasa dan Pustaka?
Jika anda perasan, sejak kebelakangan ini kerajaan kerap kali menggunakan perkataan “peluncuran” bagi kebanyakan program pelancaran yang dijalankannya.
Sila rujuk contoh poster di bawah yang menggunakan perkataan “peluncuran” walhal mengikut kebiasaan, perkataan “pelancaran” mungkin lebih tepat bagi kita.
Perkara ini mencetuskan pertanyaan adakah penggunaan perkataan “peluncuran” ini tepat memandangkan kita sudah terbiasa dengan perkataan “pelancaran”.
Bahasa Juga Berevolusi
Pertanyaan mengenai penggunaa perkataan pelancaran atau peluncuran ini bukanlah perkara baru sebaliknya pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pernah membut ciapan mengenainya.
Satu ketika dulu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pernah mengeluarkan satu ciapan (tweet) di sosial media (dahulunya Twitter) bahasa perkataan “peluncuran” itu sebenarnya berasal dari Bahasa Indonesia. (Terima kasih kepada Maryam Elyas untuk maklumat ini yang dikongsikan di akaun Facebooknya)
Kita masih berasakan bahasa melayu tidak berkembang dan jumud.
Tidak sama sekali, bahasa ini berkembang dan dinamik.
Apabila diperkenalkan dan digunakan oleh awam, bahasa boleh diterima dan didaftarkan dalam kamus.
Di situlah, kosa kata terus berkembang dan memperkaya khazanah bahasa kita.
Artikel berkaitan: BUDI Madani 2024 – Tarikh Bayaran Subsidi Diesel RM200
Maksud Peluncuran dan Pelancaran
Perkataan “peluncuran” dengan maksud yang sama dengan “pelancaran”, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian.
Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan “peluncuran” mengalami peluasan makna.
Sama halnya dengan perkataan “pelancaran”. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program.
Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang diterbitkan pada tahun 2020.
Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.
Berikut dikongsikan juga sebuah video menarik oleh Cikgu Prabu di Tiktok yang menjelaskan tentang penggunaan perkataaan ‘pelancaran’ atau ‘peluncuran’.
Semoga bermanfaat!