OPPO Find X8 & X8 Pro Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga

oppo siri find X8
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selepas membuat penampilan sulung di China lewat bulan lepas, siri Oppo Find X8 akhirnya telah didedahkan ke pasaran global dan akan dilancarkan di sini di Malaysia pada 30 November 2024 dan terdapat model untuk Siri Find X8 ini iaitu Find X8 dan Find X8 Pro.

Sesuai dengan harganya, ia datang dengan spesifikasi yang cukup memukau.

Kedua-dua model juga dilengkapi dengan platform ColorOS 15 terbaru jenama ini, serta pelbagai ciri AI OPPO.

Spesifikasi

Seperti kebanyakan telefon pintar lain hari ini, siri OPPO Find X8 juga dilengkapi dengan pelbagai ciri AI.

Ini termasuk AI LinkBoost Oppo yang dikatakan membantu meningkatkan kekuatan isyarat peranti walaupun dalam persekitaran yang sesak, alat peningkatan imej seperti AI Eraser, AI Unblur, dan AI Reflection Remover, serta alat membaca dan menulis seperti AI Summary, AI Speak, AI Reply an AI Writer.

Ciri AI Google seperti Circle to Search dan aplikasi Google Gemini juga disertakan.

Kedua-dua model dinilai dengan IP68 dan IP69, menjadikannya tahan terhadap habuk serta air sehingga kedalaman 1.5 meter dan panjang 30 minit. Peranti ini juga boleh menahan semburan jet air sehingga 80ºC.

Berikut merupakan perbezaan antara kedua model ini:

Find X8

OPPO Find X8

Oppo Find X8 dikuasakan oleh pemproses CPU Mediatek Dimensity 9400 (3 nm) dengan 16GB RAM, 512GB ROM.

Peranti ini juga mempunyai paparan AMOLED (1256 x 2760 piksel, 460 ppi) 6.59 inci.

Ia mempunyai kamera 50 MP, f/1.8, 24mm (lebar), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, OIS + 50 MP, f/2.6, 73mm (telefoto periskop), 1/1.95″, 0.61µm, Zum optik 3x, PDAF, OIS + kamera belakang 50MP dan menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, 4G LTE dan 5G.

Peranti ini dikuasakan oleh Si/C 5630 mAh, bateri tidak boleh tanggal pada ketebalan peranti 7.9mm dan berat 193g, beroperasi pada Android 15, ColorOS 15.

Find X8 Pro

Oppo Find X8 Pro dikuasakan oleh pemproses CPU Mediatek Dimensity 9400 (3 nm) dengan 16GB RAM, 512GB ROM.

Peranti ini juga mempunyai paparan LTPO AMOLED (1264 x 2780 piksel, 450 ppi) 6.78 inci.

Ia mempunyai 4 kamera : 50 MP, f/1.6, 23mm (lebar), 1/1.4″, 1.12µm, PDAF, OIS + 50 MP, f/2.6, 73mm (telefoto periskop), 1/1.95″, 0.61µm, Zum optik 3x, PDAF, OIS + 50 MP, f/4.3, 135mm (periskop telefoto), 1/2.51″, 0.7µm, zum optik 6x, PDAF dwi piksel (35cm – ∞), OIS + kamera belakang 50MP dan menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, 4G LTE dan 5G.

Ia dikuasakan oleh Si/ C 5910 mAh, bateri tidak boleh tanggal pada ketebalan peranti 8.2mm dan berat 215g, berjalan pada Android 15, ColorOS 15.

Varian dan Harga

OPPO Find X8 Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, OPPO Find X8 dan Find X8 Pro akan didatangkan dalam satu varian memori sahaja – 16GB + 512GB.

  • Find X8 – RM3,699
  • Find X8 Pro – RM4,999

Artikell berkaitan: 7 Handphone Gaming Murah Bawah RM1000

Beli OPPO Siri X8

Untuk pra-pesanan Siri Find X8 dan maklumat lanjut tentang Siri Find X8, layari laman web rasmi OPPO Malaysia.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut