One In A Million (OIAM) 2024 (Final) – Keputusan & Highlights Persembahan

One In A Million
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI: MARYGRACE DINOBATKAN SEBAGAI JUARA ONE IN A MILLION (OIAM 2024)!

Mungkin tidak ramai generasi muda masa kini yang tahu bahasa satu ketika dahulu rancangan realiti hiburan One In A Million pernah ke udara satu ketika dahulu.

Setelah 15 tahun, program realiti OIAM membuat kemunculan kembali dengan konsep dan hadiah yang lebih menarik.

Antara artis yang lahir daripada program realiti OIAM ini adalah Suki Low, Ayu Damit, Yuna dan banyak lagi.

Pengenalan One In A Million Malaysia (OIAM 2024)

one in a million malaysia

One in a Million ialah rancangan pertandingan realiti pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah RM 1 juta kepada pemenang.

Rancangan ini mula disiarkan di 8TV pada 26 Mei 2006 dan OIAM berusaha untuk menemui penyanyi muda terbaik di negara ini melalui beberapa uji bakat yang diadakan di seluruh negara.

Objektif pemberian sejumlah besar hadiah wang adalah untuk menyediakan pemenang dengan sumber pengeluaran dan pemasaran yang berkualiti.

Alumni terkenal seperti Suki Low (Juara Musim 1), Ayu Damit (Juara Musim 2), dan Tomok (Juara Musim 3) telah meninggalkan jejak yang tidak dapat dilupakan dalam industri muzik, di samping bintang seperti Alif Satar dan Aweera.

Program ini juga memberi peluang kepada penyanyi berpengalaman untuk kembali ke pentas, menambah kedalaman legasinya.

Tawaran Hadiah Menarik

Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat baharu di Malaysia, teruja untuk mengumumkan kembalinya ikon “One In A Million” (OIAM) selepas 15 tahun berehat.

Calpis Soda One In A Million membuat kemunculan semula dengan penuh kejayaan dengan format baharu yang segar dan hadiah-hadiah menarik yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pemuzik di seluruh negara, mengukuhkan kedudukannya sekali lagi sebagai pertandingan muzik utama negara.

Pemenang akan membawa pulang sebagai seorang jutawan dengan wang tunai bernilai RM 500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, dan kontrak rakaman ekslusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Bukan itu sahaja, Calpis Soda OIAM akan memberikan satu kereta bagi setiap episod kepada penonton: itu adalah 7 kereta yang luar biasa dan menakjubkan untuk dihadiahkan!

one in a million malaysia

Tonton Calpis Soda One in A Million untuk peluang memenangi sebuah Peugeot Landtrek setiap minggu daripada episod 1 hingga episod 7! 💥

Macamana cara nak sertai? Mudah je:

  1. Nantikan QR code yang akan dipaparkan semasa rancangan
  2. Imbas sahaja QR code yang tertera di skrin TV atau layari laman web kami⁠
  3. Lengkapkan butiran anda⁠
  4. Jawab soalan yang akan diberikan
  5. Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan masa penghantaran yang paling pantas.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Pemenang akan diumumkan pada setiap minggu di media sodial Calpis Soda One In A Million.

Hos & Juri Profesional

Musim ini, gandingan duo dinamik Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy diberi kepercayaan untuk menghangatkan pentas dan membawa kelainan dengan keunikkan mereka sebagai pengacara baharu!

Manakala sudah tentunya peminat tidak mahu terlepas menyaksikan juri-juri hebat kami, lagenda industri muzik Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain, yang akan membimbing peserta dalam perjalanan mereka mencipta kejuaraan.

one in million

Artikel berkaitan: Gegar Vaganza 2024 (GV11) Minggu 8 – Markah & Highlights Persembahan

Keputusan Konsert Akhir OIAM 2024

Marygrace dinobatkan sebagai juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) dalam pentas akhir yang berlangsung di Studio NTV7 malam ini. Kemenangan tersebut melayakkan Marygrace membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta.

Beliau menerima wang tunai RM500,000, sebuah kereta Peugeot 408 GT, kontrak rakaman bersama Alternate Records, serta sebuah lagu baharu yang bakal digubah dan diterbitkan oleh bintang muzik Indonesia, Ade Govinda, selain turut menerima jambangan bunga.

Tempat kedua diraih oleh Kai Deva yang memenangi wang tunai RM50,000. Sementara itu, Jimi menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM30,000, dan Zazzleen pula berada di tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.

LAGU PERSEMBAHAN

Marygrace mempersembahkan lagu Persamaan (nyanyian asal Freedom) dan lagu baharu bertajuk Titik Mula ciptaan serta lirik oleh Audi Mok dan Shazee Ishak.

Zazzleen pula mempersembahkan lagu Akhirnya Kini Pasti (nyanyian asal Anita Sarawak) serta lagu baharu bertajuk Merah hasil ciptaan dan lirik oleh Audi Mok dan Shazee Ishak.

Kai Deva menyampaikan lagu Hijau (nyanyian asal Zainal Abidin) dan lagu baharu bertajuk Mengejar Bintang ciptaan Sharon Paul dengan lirik oleh Sharon Paul, Shah Shamsiri, dan Kai Deva sendiri.

@calpissodaoneinamillion

Tahniah Marygrace JUARA Calpis Soda One In A Million ✨ 🔵MALAM TERPALING FIZZ🔵 Undi peserta kegemaran anda di link bio @calpissodaoiamtv3 Strim sekarang di Tonton. Calpis Soda One In A Million, Sejuta Soda Satu Juara! #CalpisSodaOIAMTV3 #OIAM

♬ original sound – CalpisSodaOneInAMillionTV3 – CalpisSodaOneInAMillionTV3
Kredit: Tiktok @calpissodaoneinamillion
@calpissodaoneinamillion

Tahniah Kai Deva tempat ke 2 Calpis Soda One In A Million ✨ 🔵MALAM TERPALING FIZZ🔵 Undi peserta kegemaran anda di link bio @calpissodaoiamtv3 Strim sekarang di Tonton. Calpis Soda One In A Million, Sejuta Soda Satu Juara! #CalpisSodaOIAMTV3 #OIAM

♬ original sound – CalpisSodaOneInAMillionTV3 – CalpisSodaOneInAMillionTV3
Kredit: Tiktok @calpissodaoneinamillion
@calpissodaoneinamillion

Tahniah Jimi tempat ke 3 Calpis Soda One In A Million ✨ 🔵MALAM TERPALING FIZZ🔵 Undi peserta kegemaran anda di link bio @calpissodaoiamtv3 Strim sekarang di Tonton. Calpis Soda One In A Million, Sejuta Soda Satu Juara! #CalpisSodaOIAMTV3 #OIAM

♬ original sound – CalpisSodaOneInAMillionTV3 – CalpisSodaOneInAMillionTV3
Kredit: Tiktok @calpissodaoneinamillion
@calpissodaoneinamillion

Tahniah Zazzleen tempat ke 4 Calpis Soda One In A Million ✨ 🔵MALAM TERPALING FIZZ🔵 Undi peserta kegemaran anda di link bio @calpissodaoiamtv3 Strim sekarang di Tonton. Calpis Soda One In A Million, Sejuta Soda Satu Juara! #CalpisSodaOIAMTV3 #OIAM

♬ original sound – CalpisSodaOneInAMillionTV3 – CalpisSodaOneInAMillionTV3
Kredit: Tiktok @calpissodaoneinamillion

Highlights Persembahan Peserta

HIGHLIGHT MINGGU 1

HIGHLIGHT MINGGU 2

HIGHLIGHT MINGGU 3

HIGHLIGHT MINGGU 4

HIGHLIGHT MINGGU 6

HIGHLIGHT MINGGU 7

HIGHLIGHT MINGGU 8

Siaran Langsung Konsert Final One In A Million (2024)

Anda boleh saksikan Konsert Final One In A Million (2024) pada 9 Februari 2025, jam 9 malam siaran langsung di TV3.

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini, dapatkan maklumat lanjut mengenai Calpis Soda One In A Million di saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut