Ojen Aiwahh terkenal sebagai seorang usahawan kunafa viral yang giat menjelajah serata Malaysia. Katanya, Kunafa Aiwahhh daripada air tangan Ojen sesuai dengan citarasa orang tempatan, tidak terlalu manis dan unik berbanding kunafa lain.
Beliau yang terkenal dengan pesona berserban ini dahulunya dikatakan rajin untuk mencuba pelbagai jenis kunafa daripada jenama berbeza sebelum menghasilkan kunafanya sendiri.
Ayuh kita kenali Ojen Aiwahh dengan lebih dekat lagi.
Biodata Ojen Aiwahh, Usahawan Kunafa Viral
Nama Sebenar : Mohd Ruzain bin Mohd Rosli
Nama komersial : Ojen Aiwah, Ojen Aiwahh, Zain Rosli
Tarikh lahir : 25 September 1995
Umur : 30 tahun (2025)
Asal : Selangor
Keluarga : Anak sulung daripada tiga orang adik beradik
Pendidikan : Diploma jurusan Bahasa Arab di salah satu institusi pendidikan di Yaman
Pekerjaan : Usahawan, Content Creator, Penyanyi
Media sosial : Tiktok (@ojenn_aiwahh), Instagram (@ojennaiwahhh_)
Perjalanan Karier Ojen Aiwah
Usahawan yang berasal dari Selangor ini mula meminati kunafa semasa beliau melanjutkan Pelajaran di Timur Tengah.
Dari situ, Ojen terdetik untuk menjual kunafa dengan versi tersendiri iaitu versi rangup dan menu yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.
Antara menu kunafa menarik daripada Ojen adalah Madu Tiga, Lumut Cheese dan Dark Indulgence.
Ojen bersama pasukan Kunafa Aiwahh gigih menjelajah ke serata Malaysia termasuk ke negara jiran, Singapura untuk memperkenalkan produk kunafanya.
Sambutan daripada setiap jelajah juga cukup luar biasa. Pembeli setia sanggup beratur panjang selama berjam-jam untuk mencuba sendiri keenakan kunafa yang viral di media sosial ini.
Tidak hanya selesa bergelar usahawan, malah Ojen turut mencabar diri dan mencuba nasib dalam bidang nyanyian.
Pada tahun 2024, beliau telah melancarkan single pertamanya yang bertajuk ‘Hubb’. Ternyata lagu ini berjaya menambat hati warganet apabila ia berjaya mencecah lebih daripada sejuta tontonan di platform Youtube.
Pada tahun ini, Ojenn turut memberi kejutan apabila melancarkan sebuah lagu raya yang bertajuk ‘Aiwahhh Raya’.
Turut meraih lebih sejuta tontonan setakat ini, lagu ‘Aiwahhh Raya’ juga berjaya mencecah tempat ke-20 Trending di Youtube.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Ojenn. Untuk ketahui perkembangan terkini Ojen, jangan lupa untuk ikuti laman media sosialnya.
Sumber : Instagram @ojennaiwahhh_
Baca Juga : Mimi Fly – Biodata & Lagu Raya Terkini “Serumpun”