Numerologi: Maksud Nombor Dalam Kepercayaan Kaum Cina

Kaum Cina mempunyai kepercayaan yang kuat terdapat sesuatu nombor, ilmu yang dikenali sebagai numerologi.

Maka, tidak hairanlah kita banyak melihat di tempat awam, lif misalnya, nombor 4 ditulis sebgai 3A kerana menur mereka, nombor 4 membawa maksud yang tidak baik bagi orang Cina.

Baik daripada segi pemilihan tarikh acara-acara penting sehinggalah membeli nombor plat kenderaan, orang Cina biasanya akan mempertimbangkan kepercayaan mereka dalam maksud sesuatu nombor ini untuk membuat keputusan.

Malah disebabkan nak sangat tumpang tuah nombor tu, mereka sanggup membelanja ratusan ribu ringgit untuk membeli nombor plat tertentu yang mereka percaya boleh membawa nasib baik kepada mereka.

Ilmu numerologi

Dalam budaya Cina, nombor-nombor tertentu dipercayai membawa tuah atau malang, bergantung kepada perkataan bahasa Cina yang serupa bunyinya dengan nama nombor itu.

Namun begitu, sesetengah orang Cina memandang kepercayaan ini sebagai karut.

Oleh sebab sebutan dan kosa kata banyak berbeza antara dialek-dialek Cina yang berlainan, panduan ini tidak boleh digunakan secara am untuk segala hal.

Artikel berkaitan: Nombor Dalam Bahasa Cina: Senarai Nombor 1-100

Maksud setiap nombor

kepercayaan nombor cina

Berikut merupakan maksud setiap nombor mengikut ilmu numerologi kaum Cina:

Nombor 1

Nombor 1 memberi maksud kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya menjadikan nombor ni antara yang menjadi rebutan dalam setiap kali tender nombor pendaftaran dibuka.

Tafsiran nombor 1 ialah satu, saya, diri sendiri.

Nombor 2

Angka atau nombor 2 pula membawa maksud kebahagian dan kasih sayang. Maklumlah angka 2 lebih kepada berpasang-pasangan. Contoh macam “double happiness”, “double prosperity”, jualan berganda dan sebagainya.

Tafsiran nombor 2 ialah mudah, senang.

Nombor 3

Kalau korang perasan, bukan saja masyarakat Cina mengamalkan kepercayaan kepada nombor sebegini malah bangsa lain juga turut mengetahui pengaruh nombor dalam kehidupan.

Nombor 3 membawa maksud mengangkat sesuatu kedudukan seseorang ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tafsiran nombor 3 ialah mendapatkan, hidup.

Nombor 4

Kebanyakan orang Cina menyifatkan nombor 4 sebagai lambang kematian dan kurang digemari. Jadi sekarang mesti korang faham kenapa mereka tidak gemar kepada nombor 4.

Tafsiran nombor 4 ialah mati, miskin, susah.

Nombor 5

Sememangnya nombor 5 membawa maksud keterujaan dan kejayaan segera tetapi ia mungkin tidak bertahan lama. Namun tidak ramai yang ambil kisah semua tu, janji yang penting cepat kaya.

Tafsiran nombor 5 ialah tidak akan, tidak pernah.

Nombor 6

Sebenarnya nombor 6 adalah angka yang kurang baik kerana ianya membawa kesusahan. Meskipun begitu ini semua tidak selamanya kerana dipercayai akan meraih kekayaan selepas sesuatu tempoh.

Tafsiran nombor 6 ialah akan, menuju.

Nombor 7

Nombor 7 pula membawa maksud kestabilan dalam kehidupan. Sungguhpun makna angka 7 nampak positif, ianya juga boleh membawa erti pergi atau keluar. Sudah tentu ini tidak bagus untuk rumah atau kedai sebab macam menghalau keluar atau pergi dari situ.

Tafsiran nombor 7 ialah pasti, tepat.

Nombor 8

Bagi orang Cina, nombor 8 paling popular kerana ia membawa pengaruh yang sangat tinggi di samping kejayaan dalam kehidupan.

Tafsiran nombor 8 ialah kaya, makmur.

Nombor 9

Nombor 9 mempunyai maksud yang sama dengan nombor 1 iaitu kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya. Selalunya jika tak dapat nombor 1, pilihan yang lain adalah nombor 9. Cuma pengaruhnya kurang jika dibanding dengan angka 1.

Tafsiran nombor 9 ialah lama, panjang, kuasa.

Nombor 0

Pada kebiasaannya nombor 0 atau kosong akan digabungkan dengan mana-mana nombor lain untuk memperkukuhkan maksud atau tuah sedia ada.

Tafsiran nombor 0 ialah tiada.

Bantu kami share artikel ini: