NRHOME UiTM : Daftar Portal Rumah Sewa Pelajar UiTM
Unit Pengurusan Non Resident atau UPNR (sebelum ini digabungkan dengan Unit Kemudahan Asrama – UKKNR) merupakan unit di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEP).
Unit ini biasanya akan membantu pelajar NR untuk mencari rumah di sekitar kawasan Shah Alam.
UPNR beroperasi secara rasmi di Kompleks Teratai 1 pada 4 April 2006.
Unit ini diketuai oleh 1 Pengurus NR, dibantu oleh 2 penolong Pengurus NR, 2 ketua pegawai dan 3 pembantu pejabat. Kini, unit ini dilaporkan terus kepada Timbalan Naib Pembatal (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sejak Jabatan Hal Ehwal Pelajar distrukturkan semula pada Ogos 2008.
Unit ini terletak di Kompleks Prima Siswa iaitu antara Asrama Melati dan Asrama Teratai berhampiran Dataran Cendekia.Semua urusan Non Resident bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di aras 1, Kompleks Prima Siswa.
Perkhidmatan yang disediakan oleh NR:
- Database Perumahan untuk Pelajar NR
- Menyediakan garis panduan Sewa dan garis panduan keselamatan.
- Membantu program/aktiviti pelajar dan komuniti.
- Memberi kelulusan permohonan pelekat kereta.
- Membimbing mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Masyarakat/ Masjid/ dan pihak berkuasa tempatan.
- Lawatan Prihatin ke sewa pelajar NR.
- Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada pelajar NR yang memerlukan bantuan.
- Menjadi orang tengah antara keluarga pelajar dan tuan rumah / universiti dan juga menganjurkan Hari Terbuka NR.
Cara Portal Rumah Sewa Non-Resident UiTM (NRHOME UiTM)
Terkini, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.
Pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.
Cara untuk membuat carian dan mendaftar portal NRHome UiTM adalah seperti berikut:
- Log masuk ke pautan https://nrhome.uitm.edu.my/ menggunakan ID pelajar.
- Buat carian rumah sewa di kawasan berdekatan anda.
- Hubungi Tuan Rumah / Ejen yang berkenaan dan dapatkan maklumat yang secukupnya.
- Tandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.
- Kemaskini maklumat dalam Student Portal UiTM.
Berikut disertakan infografik NRHome UiTM untuk rujukan tujuan pengiklanan oleh pemilik rumah sewa.
Contoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman
Nur Asmah Hussin
JL Auto Servis Kg. Jelor,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.
013-3657043
____________________________________________________________________
Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tuan,
Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023
Berhubung perkara di atas, saya Nur Asmah Hussin
No. KP 920321-03-6234. No. Matrik IET 120007 ingin membuat
rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin
Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelah
gagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu
Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online dan
juga kolej-kolej lain.
2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia
memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.
3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana
saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin
(Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu
semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar
tahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di
asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalam
menyiapkan ‘final year paper project’ dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi.
4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagi
membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan
menyiapkan ‘final year paper project’ yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.
5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam ‘LRT’ yang memakan masa selama 45
minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti.
Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan
saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya
berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon
positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Terima Kasih.
Yang Benar,
(NUR ASMAH HUSSIN)
MUAT TURUN / EDIT VERSI DOC. (FORMAT MICROSOFT WORD):
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung unit kemudahan Kolej UiTM, sila hubungi :
Unit Kemudahan Kolej
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3520
Faks: (+603) 5544 3221
Emel: [email protected]
Whatsapp Business : https://wa.me/message/ULX73D2HNRSJC1
Portal Rasmi NRHome UiTM : https://nrhome.uitm.edu.my/