Nidza Afham : Kronologi Kes & Perkembangan Terkini

Nidza Afham
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang penyanyi, Nidza Afham yang hilang selepas keluar berjogging pada 13 Ogos lalu.

Penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Klang pada malam tadi begitu mengejutkan apabila disahkan merupakan Nidza Afham.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi berkenaan kronologi kes kehilangan Nidza Afham dan perkembangan terkini yang dilaporkan secara khusus dan lengkap.

Baca juga:

Siapa Nidza Afham?

Nidza Afham

Muhammad Nidza Afham Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Nidza Afham adalah penyanyi berusia 23 tahun yang pernah viral dalam YouTube apabila lagu saduran dendangannya, Rindu Setengah Mati mendapat lebih 6 juta tontonan dalam laman perkongsian video tersebut.

Namanya mula trending di laman sosial apabila beliau dilaporkan hilang tanpa sebarang petunjuk jelas.

Beliau yang juga abang kepada penyanyi Aufahanie ini juga keluar ke Stadium Suleiman, Klang sekitar jam 7.45 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjogging. Namun, tiba-tiba gagal dihubungi selepas jam 9.13 malam.

Kronologi Kes

Berikut adalah kronologi kes kehilangan Nidza Afham secara lengkap dari awal hilang sehingga perkembangan terkini:

13 Ogos 2024, 7.45 malam

  • Nidza keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.
  • Mangsa memakai baju berwarna biru hitam.

13 Ogos 2024, 9.13 malam

  • Keberadaan mangsa gagal di kesan apabila panggilan serta WhatsApp tidak berjawab.
  • Pihak keluarga menggunakan aplikasi pencarian telefon bimbit lalu mendapati mangsa terakhir kali berada di Jambatan Sungai Klang.
  • Ibu dan adik mangsa bergegas ke jambatan berkenaan untuk mencari magsa tetapi gagal.
  • Telefon bimbit serta dompet mangsa dijumpai sekitar jambatan, tetapi kad debit dan wang tunai tiada.

14 Ogos 2024, 4.22 pagi

  • Keluarga mangsa membuat laporan polis berkenaan kehilangannya di Balai Polis Klang.

14 Ogos 2024, 3.31 petang

  • Bapa mangsa melaungkan azan di Jambatan Sungai Klang dalam ikhtiar mengesannya.

14 Ogos 2024, 7 malam

  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor adalah penyanyi Nidza Afham.
  • Mayat itu ditemukan memakai pakaian jersi berwarna gelap bernombor 56.

15 Ogos 2024, 9 pagi

  • Bedah siasat mayat mangsa dilakukan di Hospital Shah Alam.
  • Jenazah akan dibawa ke Puncak Alam. Waktu kebumi akan diberitahu kemudian.
Nidza Afham
Nidza Afham
Kredit: FB Effie Amron

Motif Kematian

Adik mangsa, Afrina Hanie mendakwa bahawa kehilangan mangsa adalah berkaitan dengan kes samun.

Hal ini kerana didapati kad debit dan wang tunai mangsa hilang manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambarnya yang disimpan di dalam dompet tidak terusik ketika dijumpai di atas Jambatan Sungai Klang.

Sama-sama kita doakan keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Dan kita doakan juga semoga kes kematian Allahyarham Nidza Afham ini dapat dirungkai dengan segera.

Sumber:

  1. Kehilangan Nidza Afham dipercayai berkaitan kes samun. Berita Harian
  2. Penyanyi, Nidza Afham, dilaporkan hilang selepas keluar joging. Berita Harian
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut