Ne Zha 2 : Tarikh Tayangan, Sinopsis & Senarai Pelakon Suara

Ne zha 2
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ne Zha 2 merupakan sambungan dari filem animasi Cina yang bertajuk Ne Zha. Filem animasi kedua daripada Cina ini telah mengejutkan dunia apabila berjaya memecahkan rekod sebagai filem animasi paling laris sepanjang zaman, yang sebelum ini sering didominasi filem-filem Hollywood.

Filem ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 13 Mac 2025 (Khamis) ini. Untuk anda yang berminat untuk menonton filem animasi hebat ini, pastikan anda terus membaca artikel kami sehingga ke penghujung.

ne zha 2

“Ne Zha 2” Filem Animasi Pecah Rekod Dunia

Ne Zha 2 merupakan filem animasi China yang telah mengejutkan dunia apabila berjaya memecahkan rekod sebagai filem animasi paling laris dunia, yang sebelum ini dipegang oleh filem-filem keluaran Hollywood.

Filem animasi yang telah ditayangkan di China pada 29 Januari 2025 ini telah berjaya meraih kutipan lebih daripada RM7.5 bilion mengatasi filem animasi hebat yang lain seperti filem Disney The Lion King (RM7.3 bilion) dan Frozen II (RM6.44 bilion).

Filem hebat ini merupakan filem arahan dan lakon layar Yang Yu (Jiaozi) yang merupakan pengarah filem animasi yang sedang meningkat naik di negara tersebut. Filem yang dihasilkan oleh Yang Yu ini adalah berdasarkan novel Cina abad ke-16 yang bertajuk “The Investiture of the Gods”

ne zha 2

Sumber: CGTN

Sinopsis/Plot Filem Ne Zha 2

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, Ne Zha 2 yang bakal ditayangkan pada Mac 2025 ini, merupakan sekuel atau sambungan kepada filem animasi China, “Ne Zha” yang telah ditayangkan pada tahun 2019.

Filem kedua animasi ini, mengikuti kisah Ne Zha dan Ao Bing, selepas tubuh mereka dimusnahkan oleh panahan petir syurgawi. Roh mereka yang telah diselamatkan oleh guru mereka, Taiyi Zhenren, menggunakan Teratai Suci perlu berkongsi tubuh selama tujuh hari bagi mengelakkan serangan dari Raja Naga Ao Guang.

Ne Zha dan Ao Bing perlu menyelesaikan tiga ujian bagi memulih bentuk fizikal Ao Bing, dan sepanjang perjalanan ini mereka berdua telah menghadapi pelbagai pertempuran, pengkhianatan, dan kuasa tuhan yang membawa kepada penemuan musuh sebenar di sebalik kehancuran Chentang Pass.

Dengan kuasa baru yang ditemui, Ne Zha dan Ao Bing bersatu untuk menewaskan tentera musuh dan memaksa mereka berundur. Setelah kemenangan dicapai, Ao Bing berusaha untuk mendedahkan korupsi yang dilakukan oleh musuh kepada orang ramai.

Tarikh Tayangan di Malaysia

Filem animasi Ne Zha 2 yang berjaya memecahkan rekod sebagai filem animasi paling laris sepanjang zaman dengan mengalahkan filem animasi Hollywood “Inside Out” bakal ditayangkan di Malaysia pada 13 Mac 2025 (Khamis).

Filem ini bakal ditayangkan di dua pawagam terbesar di Malaysia iaitu di GSC dan di TGV mulai tarikh yang dinyatakan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini.

Senarai Pelakon Suara

Berikut merupakan senarai pelakon-pelakon suara yang terlibat dalam penghasilan Ne Zha 2, filem animasi terbaik dunia ini:

  • LΓΌ Yanting sebagai Nezha
    • Joseph Cao sebagai Nezha (Remaja)
  • Han Mo sebagai Ao Bing
  • LΓΌ Qi sebagai Lady Yin
  • Zhang Jiaming sebagai Taiyi Zhenren
  • Wang Deshun sebagai Master xian Wuliang
  • Yu Chen sebagai Ao Guang dalam bentuk manusia
    • Li Nan sebagai Ao Guang (Raja Naga Laut Timur)
  • Zhou Yongxi sebagai Ao Run
  • Yang Wei sebagai Shen Gongbao
ne zha 2
Joseph Cao

Baca juga: Dendam Seorang Madu : Sinopsis, Pelakon & Tarikh Ditayangkan

Video Trailer

Berikut merupakan trailer bagi filem animasi Ne Zha 2 yang akan ditayangkan pada bulan Mac 2025 ini:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut