Rasuah: Senarai Nama Lain Rasuah & Bentuk

nama lain rasuah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Rasuah merupakan salah satu kesalahan yang sering dikaitkan dengan pemberian bagi mendapatkan sesuatu manfaat.

Namun, rasuah mempunyai mempunyai pelbagai nama yang berselindung di sebalik nama tersebut.

Maksud Rasuah

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, rasuah didefinisikan sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk (me­nyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Contohnya, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Bentuk Rasuah

Bentuk-bentuk rasuah yang wujud adalah seperti berikut:

  • Wang
  • Upah
  • Hadiah
  • Jawatan
  • Undi
  • Bonus
  • Diskaun
  • Perkhidmatan

Nama Lain Rasuah

Nama-nama lain rasuah adalah seperti berikut:

  • Pelincir
  • ‘Kaw Tim’
  • Duit Kopi
  • Duit Minyak
  • Makan Suap
  • Tumbuk Rusuk
  • Bunga Emas
  • Under Counter money

Akta Melibatkan Rasuah

Akta-akta melibatkan rasuah di dalam negara adalah seperti berikut:

  • Meminta/Menerima rasuah – Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009
  • Menawar/Memberi suapan – Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009
  • Mengemukakan tuntutan palsu – Seksyen 18 Akta SPRM 2009
  • Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam – Seksyen 23 Akta SPRM 2009

Perspektif Agama

Pengharaman rasuah adalah jelas sama ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Ini kerana larangan rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah SWT terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 42:

MaksudnyaMereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)

Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka” (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 3/58).

Ini juga dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah 188:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya“Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah” (Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313).

Dalam hadis lain yang turut diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, beliau berkata:

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” (Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai nama lain rasuah, sila layari laman web https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478 dan https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3339-al-kafi-1237-rasuah-sudah-menjadi-budaya-rakyat-malaysia.

Baca juga: Bantuan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) Kategori Bujang & Keluarga

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut