MyVisa: Portal Permohonan Visa Elektronik (eVisa) Malaysia

portal myvisa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MyVisa ialah platform dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan warga asing memohon visa elektronik (eVISA) bagi memasuki Malaysia dengan lebih mudah dan selesa.

Melalui platform MyVisa, pemohon dapat menguruskan permohonan visa mereka tanpa perlu hadir secara fizikal ke kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia.

Platform MyVisa melalui perkhidmatan eVISA telah mempermudah proses permohonan visa ke Malaysia, menjadikannya lebih efisien dan mesra pengguna.

Dengan kemudahan MyVisa, pelancong dan individu yang ingin bekerja, belajar, atau mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia dapat menguruskan permohonan visa mereka dengan lebih mudah dan cepat.

Apa itu MyVisa dan eVISA?

permohonan evisa
xr:d:DAFPYyO16Kk:4,j:38327727946,t:22101811

MyVisa, platform dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, memudahkan warga asing memohon visa elektronik (eVISA) untuk memasuki Malaysia secara lebih mudah, selesa, dan efisien dengan menguruskan permohonan tanpa perlu hadir secara fizikal sekaligus menjadikan proses ini lebih mesra pengguna.

eVISA adalah visa elektronik yang boleh dipohon secara dalam talian oleh warga asing yang ingin melancong, belajar, bekerja, atau mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia.

Visa ini membolehkan pemegangnya memasuki Malaysia untuk tempoh dan tujuan yang telah ditetapkan.

Permohonan eVISA boleh dilakukan dari mana-mana sahaja di seluruh dunia, kecuali dari Malaysia, Israel, dan Korea Utara.

Kelayakan Memohon eVISA

Warganegara dari beberapa negara layak memohon eVISA untuk tujuan lawatan sosial (pelancongan), antaranya China, India, Sri Lanka, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Bhutan, Serbia, Montenegro, dan lain-lain.

Namun, mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2026, warganegara China dan India dikecualikan daripada keperluan visa untuk tujuan pelancongan (Visa Masuk Tunggal) ke Malaysia.

Bagi tujuan belajar, bekerja, atau rawatan perubatan, warganegara yang telah menerima kelulusan untuk eVAL atau VDR layak memohon eVISA.

Proses Permohonan eVISA

Untuk memohon eVISA melalui MyVisa, pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan yang perlu diimbas dan dimuat naik semasa permohonan, antaranya:

  • Gambar studio bersaiz pasport terkini.
  • Muka surat biodata pasport dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh perjalanan.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik yang telah disahkan.
  • Sijil kelahiran bagi pemohon di bawah umur.
  • Bukti penginapan yang telah dibayar.
  • Dokumen sokongan lain seperti penyata bank, visa negara tempat tinggal semasa, dan pas jangka panjang.

Setelah permohonan dihantar melalui MyVisa, ia akan diproses dalam tempoh dua hingga tujuh hari bekerja.

Pemohon akan menerima eVISA dalam format cetakan A4 yang perlu dicetak dan dibawa semasa ketibaan di Malaysia.

Selain itu, pemohon dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa notifikasi e-mel untuk sebarang makluman lanjut mengenai status permohonan mereka.

Dokumen Diperlukan Semasa Ketibaan

Semasa tiba di pintu masuk Malaysia, pemegang eVISA yang memohon melalui portal MyVisa perlu mengemukakan dokumen berikut:

  • Pasport atau dokumen perjalanan yang sah.
  • Cetakan eVISA yang sah.
  • Pas masuk atau tiket penerbangan yang disahkan.
  • Bukti penginapan yang telah dibayar.
  • Dokumen sokongan lain seperti penyata bank, visa negara tempat tinggal semasa, dan pas jangka panjang.

Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan logo rasmi jabatan dan mengeluarkan kenyataan media atas nama Ketua Pengarah Imigresen.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan hebahan daripada akaun palsu ini dan sentiasa merujuk kepada portal rasmi (https://www.imi.gov.my) serta Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (https://www.facebook.com/imigresen) untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang meragukan, segera laporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mngenai kemudahan yang disediakan oleh portal MyVisa, sila rujuk butang Sokongan Sembang Langsung di https://malaysiavisa.imi.gov.my yang beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Untuk makklumat lanjut, sila rujuk FAQ eVisa di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut