MyPerformance merupakan Sistem Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sistem Saraan Malaysia yang berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam diperkenalkan sejak tahun 2002.
Ia bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan, menggalakkan penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan tugas, melahirkan pekerja berpengetahuan yang dapat meningkatkan keupayaan dan daya saing perkhidmatan awam serta mampu memenuhi ekspektasi pelanggan yang semakin
meningkat.
Selaras dengan strategi Kerajaan untuk mengukuhkan lagi pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan produktiviti negara, inisiatif penyesuaian sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi jabatan serta pemberian ganjaran berasaskan prestasi diperkenalkan.
Inisiatif ini merangkumi pengenalan Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance HRMIS serta tambah baik tadbir urus pengurusan prestasi bagi memperkasa (empower) jabatan dalam aspek pengurusan sumber manusia di jabatan masing-masing
Baca lagi: Cara Pengiraan Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam
Tarikh Pelaksanaan
Bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023 diumumkan sebagai tempoh familiarisasi MyPerformance.
Penggunaan MyPerformance adalah berdasarkan Surat Edaran JPA.BK(S)174/4/2-1 Jld.9(18) bertarikh 3 November 2021: Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana Secara Dual System Bagi Tahun Penilaian 2022 dan 2023.
Lampiran surat edaran tersebut boleh dilihat melalui laman web JPA pautan https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2021/Lampiran_A_se03112021.pdf
Menerusi pelaksanaan MyPerformance, penetapan sasaran penghasilan kerja boleh dilaksanakan dengan empat (4) langkah iaitu mengenal pasti objektif penyampaian perkhidmatan jabatan, mengenal pasti petunjuk prestasi utama, menetapkan akauntabiliti dan menetapkan nilai sasaran tahunan.
Panduan penetapan sasaran penghasilan kerja menggunakan format Sasaran Kerja Utama (SKU) boleh dirujuk menerusi Lampiran A6, Surat Edaran JPA.BK(S)174/3/2-1 Jld.8(18): Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Secara Dual System bagi Tahun Penilaian 2022 dan 2023.
Pautan: https://www.jpa.gov.my/…/2030-pengurusan-prestasi…
Pengguna Modul MyPerformance
MyPerformance hanya terpakai untuk pegawai-pegawai berikut:
- Pegawai Yang Dinilai (PYD)
- Pegawai penilai pertama (PPP)
- Pegawai Penilai Keedua (PPK)
- Penilai Pelbagai Peringkat (P3P)\Urusetia PPSM
- Pentadbir Prestasi
- Pentadbir KPI
Kepentingan MyPerformance
MyPerformance mempunyai kepentingan kepada pegawai dan juga perkhidmatan di jabatan termasuklah:
- Meningkatkan penglibatan pelbagai peringkat pegawai dalam proses pengurusan prestasi;
- Menggalakkan amalan memberi maklum balas prestasi dan pembangunan diri secara berterusan;
- Membolehkan penilaian prestasi dibuat dengan lebih sistematik dan meyakinkan;
- Membolehkan Ketua Jabatan melaksanakan pengurusan prestasi mengikut fungsi jabatan atau kesesuaian perkhidmatan;
- Menggalakkan persaingan positif sesama pegawai bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan; dan
- Membolehkan maklumat pengurusan prestasi digunakan secara fleksibel bagi pelbagai tujuan pengurusan sumber manusia iaitu seperti berikut:
- Pengambilan dan penempatan pegawai;
- Pemberian ganjaran berasaskan prestasi, contohnya bagi
- menentukan kelayakan atau kesesuaian pergerakan gaji tahunan;
- Pengiktirafan dalam perkhidmatan, contohnya anugerah
- perkhidmatan cemerlang, pingat perkhidmatan, bintang kebesaran atau surat penghargaan;
- Pembangunan kerjaya, contohnya merancang dan mengenal pasti keperluan pembelajaran, latihan, kursus, pertimbangan pemangkuan, kenaikan pangkat, peminjaman atau pertukaran sementara;
- Intervensi; dan
- Penamatan perkhidmatan pegawai.
Artikel berkaitan: SISPPA : Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA)
Prinsip Pengenalan
MyPerformance dibangunkan dan diperkenalkan untuk mengetengahkan prinsip-prinsip yang berikut:
- Adil: kesaksamaan dalam penilaian;
- Telus: mudah diketahui dan difahami;
- Objektif: berasaskan kenyataan atau fakta tanpa dipengaruhi oleh pendapat atau prasangka sendiri;
- (elevan: berasaskan JD bagi mencapai objektif jabatan atau perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- Kebolehasingan/ upaya pengasingan: berasaskan keupayaan sistem penilaian untuk mengenal pasti tahap prestasi sebenar pegawai.
Cara Pelaksanaan MyPerformance
Berikut merupakan cara pelaksanaan modul MyPerformance
- LNPT HRMIS dan MyPerformance HRMIS digunakan serentak (dual system( abgi tahun 2022 dan 2023
- Borang Sasaran kerja Tahunan (SKTT) digantikan dengan Sasaran Kerja Utama (SKU)
- Markah LNPT Tahu 2022 dan 2023 masih lagi digunakan bagi urusan sumber manusia
- Penggunaan sepenuhnya MyPerformance pada tahu 2024
SOALAN LAZIM
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk set soalan lazim dalam lampiran di bawah:
https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2021/soalan_lazim_se03112021.pdf