MyLesen GDL Lori 2024 : Semakan & Permohonan

MyLesen gdl lori
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Teringin mendapat gaji yang lumayan tetapi tidak tahu caranya? Program MyLesen GDL Lori 2024 mungkin apa yang anda cari.

Tidak ramai yang tahu bahawa gaji seorang pemandu lori perdagangan adalah cukup besar, namun ianya juga sangat mencabar kerana anda perlu banyak berkorban masa bersama ahli keluarga.

Statistik yang dikeluargakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan di Malaysia masih memerlukan ramai pemandu yang layak untuk bekerja dengan mereka.

Malangnya, ramai yang tidak mampu untuk mengeluarkan duit pelaburan awal untuk mendapatkan lesen GDL yang bersesuai dengan jenis jentera atau kenderaan yang ingin mereka pandu.

Kuota

Bagi Program MyLesen GDL Lori 2024 ini, kuota hanyalah 750 peserta sahaja berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Hanya pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakn sahaja akan dipertimbangakan untuk program ini.

Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL Lori 2024

Program MyLesen GDL Lori 2024 merupakan kesinambungan daripada program MyLesen GDL 2.0 pada tahun sebelumnya.

Salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.

Di bawah inisiatif ini, satu program iaitu Program MyLesen GDL 2.0 telah dirangka bertujuan untuk menarik dan melatih calon warganegara Malaysia yang layak dan berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan dengan menawarkan subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi.

Artikel berkaitan: Cara Renew Lesen GDL – Online & Manual, Harga & Borang

Pengenalan Program MyLesen GDL Lori 2024

Program ini dilancarkan bagi mecapai objektif-objektif berikut:

  • Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perdagangan.
  • Melahirkan pemandu kenderaan perdagangan yang kompeten.
  • Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam industri pengangkutan perdagangan di Malaysia.
MyLesen gdl lori

Syarat Kelayakan

Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk program bantuan MyLesen GDL Lori 2024 ini:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
  5. Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
  6. Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D Lebih Satu (1) Tahun

Terma dan Syarat Program

Pemohon yang ingin memohon Program MyLesen GDL Lori 2024 juga perlulah mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej ini
  2. Calon yang layak akan ditemuduga oleh syarikat logistik / pengangkutan dan ditawarkan pekerjaan / penempatan di syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan di Institut Memandu (IM) yang terpilih.
  3. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  4. Peserta akan diberikan elaun RM500 secara one-off (pembayaran untuk sekali) ketika tempoh latihan dijalankan.
  5. Peserta perlu mengikuti kursus, latihan, amali dan lesen E Full & GDL Bersendi mengikut SOP yang ditetapkan.

Tiada masa untuk renew lesen GDL? Dapatkan perkhidmatan runner untuk perbaharui lesen GDL anda.

Cara Permohonan & Tarikh Tutup

Permohonan untuk program MyLesen GDL Lori 2024 ini akan ditutup setelah kuota penuh.

Calon yang berminat boleh scan kod QR di bawah untuk memohon:

Maklumat Lanjut Program MyLesen GDL Lori 2024

Sebarang pertanyaan mengenai program MyLesen GDL Lori 2024 ini boleh dikemukakan di emel : [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut