MyDigital ID STR – Login & Daftar

MyDigital ID STR
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh menggunakan MyDigital ID sebagai alternatif untuk mengakses portal STR, bermula 1 Mac 2025.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi lanjut berkenaan dengan MyDigital ID STR untuk rujukan anda.

Baca juga: MyDigital ID Penjawat Awam – Login & Daftar

Kenyataan Media HASiL

KENYATAAN MEDIA : PENGGUNAAN MYDIGITAL ID DI PORTAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan Identiti Digital Malaysia (MyDigital ID) bagi semakan dan permohonan baharu STR muli 1 Mac 2025.

Langkah ini diambil selaras dengan pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia semasa Belanjawan 2025 mengenai kelebihan MyDigital ID sebagai pemudah cara utama dalam urusan digital rakyat dan berfungsi sebagai paksi kepada transformasi digital negara. MyDigital ID merupakan identiti tunggal rakyat Malaysia dalam mengakses sistem-sistem yang disediakan oleh agensi kerajaan. Seiring pengenalan tersebut. HASiL mula menggunakan MyDigital ID sebagai pilihan Single Sign On (SSO) untuk Sistem Percukaian MyTax HASiL (MyTax) dan Sistem Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR).

Penggunaan MyDigital ID sebagai pilihan SSO untuk sistem MyTax merupakan kemudahan pertama yang dibangunkan oleh HASiL dan telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2025 bagi fungsi carian Nombor TIN (Tax Identification Number). Terkini, seramai 578,828 orang pengguna telah menggunakan MyDigital ID untuk mengakses perkhidmatan MyTax bagi carian Nombor TIN dan data ini menunjukkan tanda positif serta penerimaam pengguna terhadap kelebihan MyDigital ID yang dipercayai, selamat dan efisien digunakan.

Sebagai rekod, dianggar seramai 9,665,476 pengguna portal STR bakal menggunakan kemudahan ini dan dijangka jumlah pengguna akan bertambah seiring dengan permohonan STR yang dibuka sepanjang tahun. HASiL ingin menasihatkan kepada pengguna atau pemohon bahawa mereka masih boleh menggunakan kedua-dua ID iaitu MySTR atau MyDigital ID untuk mengakses portal STR menrusi pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

SEKIAN, TERIMA KASIH
JABATAN KHIDMAT KORPORAT LEMBAGAA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

TARIKH: 1 MAC 2025

MyDigital ID STR

Baca juga: MyDigital ID HRMIS – Login & Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu MyDigital ID?

MyDigital ID, atau Identiti Digital adalah sistem pengesahan identiti diri secara atas talian yang menekankan aspek keselamatan.

Antara kelebihan ID digital ini bagi rakyat Malaysia adalah:

  • Pengesahan diri yang tepat dan dipercayai
  • Menghapuskan pertindihan data identiti
  • Kurangkan risiko penipuan identiti atas talian
  • Kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi
  • Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
  • Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)

Baca juga: MyDigital ID Tealive : Senarai 250+ Lokasi Seluruh Malaysia

Muat Turun & Daftar MyDigital ID

Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigital ID melalui pautan di bawah:

Cara Daftar & Login My Digital ID

Pendaftaran IDN boleh dibuat melalui Kios IDN. Berikut adalah cara untuk mendaftar MyDigital ID anda:

  1. Muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar, sediakan MyKad.
  2. Masukkan MyKad, letakkan ibu jari di pengimbas dan jangan alihkan sehingga selesai imbasan.
  3. Pastikan segala maklumat anda adalah tepat.
  4. Keluarkan MyKad anda.
  5. Buka aplikasi MyDigital ID dan imbas kod QR yang terpapar di kios.
  6. Masukkan kata laluan (minimum 8 aksara), seterusnya jawab “YA” untuk menyimpan identiti digital.
  7. Identiti Digital anda telah disimpan ke dalam aplikasi MyDigital ID.

Cara Mengakses Portal MySTR Menggunakan MyDigital ID

Bagi mereka yang ingin menggunakan MyDigital ID untuk mengakses portal STR, berikut adalah langkah mudah yang boleh diikuti:

  1. Layari portal rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Pilih kaedah log masuk, sama ada menggunakan MySTR atau MyDigital ID.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan ikuti arahan yang diberikan.
  4. Setelah log masuk berjaya, pengguna boleh melakukan semakan status permohonan STR, mengemaskini maklumat, atau membuat permohonan baharu.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan MyDigital ID STR, anda boleh berhubung dengan melalui kaedah berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut