MyBrain 2.0: Tarikh Dibuka, Syarat Kelayakan & Cara Mohon

MyBrain 2.0: Tarikh Dibuka, Syarat Kelayakan & Cara Mohon
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

KPT TERUSKAN PELAKSANAAN PROGRAM PENAJAAN MYBRAIN 2.0 – PERMOHONAN BERMULA APRIL 2025

Kerajaan telah mengumumkan akan mengembalikan program MyBrain yang kini dikenali sebagai MyBrain 2.0.

Tawaran penajaan Program MyBrain 2.0 untuk tahun 2025 kini dibuka mulai 9 April 2025 sehingga 8 Mei 2025.

Program MyBrain 2.0 memperuntukkan RM20 juta bagi setiap ambilan dengan sasaran penerima seramai 500 orang setahun dalam bidang yang kompetitif.

Keputusan kerajaan memperkenalkan semula program MyBrain dapat membantu pelajar khususnya yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pengenalan MyBrain

Program MyBrain atau dikenali sebagai MyBrain15 merupakan antara produk berimpak tinggi yang pernah diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada tahun 2016.

MyBrain15 ialah program penajaan oleh kerajaan Malaysia untuk pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana & PhD yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Objektif program MyBrain15 adalah untuk mencapai 60,000 pemegang PhD dalam kalangan warganegara Malaysia.

Program MyMaster dan MyPhD diwujudkan di bawah MyBrain15 dan masing-masing menyasarkan pelajar Sarjana dan PhD di universiti awam (IPTA) dan institusi pendidikan swasta (IPTS). Program PhD Industri, MyMaster dan MyPhD dibuka kepada pensyarah/staf sektor awam dan swasta yang ingin melanjutkan pelajaran.

Setelah mengambil kira potensinya dan usaha kerajaan dalam melahirkan ramai golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program biasiswa ini pada tahun 2024.

Pengenalan semula program MyBrain 2.0 akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat tahap pendidikan yang lebih baik.

BACA JUGA: Karnival IPMA 2025 (KIPMa) – Tarikh & Lokasi (MEI)

Program ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Awam (UA) dalam negara bagi sesi akademik 2025/2026.

Senarai Penerima MyBrain 2.0 :

  • Sasaran 500 orang penerima setiap tahun.
  • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
  • Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Bidang pengajian :

  • Keutamaan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); dan
  • Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas terpilih.

Pada kali ini juga, setiap pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga bagi memastikan hanya calon yaang benar-benar layak sahaja diberikan penajaan.

Objektif

  • Membangunkan modal insan & pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
  • Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup
  • Meningkatkan visibiliti dan Penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia

Pengukuhan & Penambahbaikan MyBrain

  • Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya
  • Pelajar boleh pilih tempat pendidikan di universiti awam & IPTS terpilih
  • Elaun sara hidup RM1000 sebulan sepanjang pendidikan
  • Melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat
  • Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu
mybrain 2024

>> Dapatkan multivitamin Blackmores Untuk Kesihatan Otak Anda

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah:
    • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
    • Pensyarah IPTS terpilih seperti di Lampiran A.
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran pada tahun permohonan;
  • Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran / elaun pembantu penyelidik siswazah / pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah BIASISWA;
  • Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini;
  • Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih seperti di Lampiran B bermula Semester 1, Sesi 2024/2025;
  • Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2025/2026;
  • Bidang pengajian di bawah penajaan Program MyBrain 2.0 adalah seperti di Lampiran C;
  • Pemohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran perlu memastikan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik seperti di Lampiran D; dan
  • Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan.

Syarat Khusus

IJAZAH SARJANA:

  • Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
    • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 / Kelas Dua Atas / setaraf pada pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda;
    • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK minimum 3.30 bagi keputusan semester terkini sekiranya pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) dengan minimum baki tempoh pengajian yang ditetapkan;
  • Kategori penajaan dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan Tesis).

IJAZAH KEDOKTORAN (PHD)

  • Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semasa memohon;
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
  • Memperoleh PNGK minimum 3.30 / setaraf bagi mod pengajian kerja kursus atau Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) pada pengajian Ijazah Sarjana; atau
  • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana; atau
  • Telah menerima surat tawaran penuh / memulakan pengajian di IPT bagi laluan Fast Track PhD.
  • Kategori penajaan hanya dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan sahaja.

Tarikh Permohonan MyBrain 2.0

Permohonan bagi penajaan MyBrain 2.0 untuk tahun 2025 kini dibuka mulai 9 April 2025 sehingga 8 Mei 2025.

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

mybrain 2024 2.0
mybrain 2024 2.0
mybrain 2024

Sumber: Malaysia MADANI

Cara Memohon

Permohonan Program MyBrain 2.0 adalah melibatkan proses seperti berikut:

1.Permohonan: Hantar borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 sebelum tarikh tamat iklan permohonan.

2. Temu Duga & Ujian Psikometrik: Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian.

3. Penawaran: Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0.

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/index.php

Tanda ✅pada kotak pengakuan, dan klik MOHON SEKARANG.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan update terkini tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian: 03 88706697/6348/6369/6403, atau email: [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut