Geran Hilang? Cara Mohon Geran Kereta / Motor Yang Hilang Atau Rosak

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apa yang perlu dilakukan sekiranya geran hilang?

Sekiranya pinjaman kenderaan anda masih belum habis, pihak bank hanya akan memberikan salinan geran kereta atau motor anda sahaja.

Walau bagaimanapun, situasi seperti kehilangan geran akibat kecuaian sendiri atau pun rosak akibat malapetaka seperti banjir sering sahaja berlaku.

Salinan geran ini masih diperlukan dalam segelintir perkara contohnya apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan dan mahu membuat tuntutan insurans/takaful (sama ada milik sendiri atau si pelanggar), maka salinan geran kenderaan ini diperlukan oleh syarikat insurrans/takaful kenderaan anda.

Salinan ini juga diperlukan sekiranya anda hendak perbaharui cukai dan insurans kenderaan, pertukaran hak milik kenderaan dan sebagainya.

geran hilang

Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Sementara itu, Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) pula merupakan sebuah perakuan pendaftaran yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Walau bagaimanapun, Sijil Pemilikan Kenderaan tidak mengandungi cetakan rekod urus niaga seperti yang terdapat dalam geran kereta.

Ia juga tidak boleh digunakan bagi pembaharuan lesen kenderaan motor, tukar hak milik atau pindaan maklumat.

sijil pemilikan kenderaan voc

Cara Dapatkan Salinan Geran Kenderaan daripada Bank

Sekiranya pinjaman kenderaan anda belum habis bayar, biasanya geran original bagi kenderaan tersebut akan dipegang oleh pihak bank.

Oleh itu, sekiranya geran hilang, anda boleh ke cawangan bank dimana anda menandatangani perjanjian pinjaman tersebut untuk memohon salinan geran kenderaan anda. Hanya ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hadir ke cawangan tempat anda tandantangan dokumen perjanjian pinjaman kenderaan
  2. Isi borang yang diperlukan dan ambil nombor giliran
  3. Datang ke kaunter dan serahkan dokumen penting seperti kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugas
  4. Setelah pengesahan melalui cap jari dibuat, pegawai tersebut akan memberikan anda salinan geran kenderaan

Geran Hilang? Ini Cara Dapatkan Salinan Geran Kenderaan daripada Kaunter JPJ

Anda juga boleh terus ke kaunter di cawangan JPJ berdekatan untuk mendapatkan salinan geran kenderaan anda, juga dikenali sebagai Perakuan Pendaftaran Kenderaan.

Sekiranya anda adalah pemilik kenderaan, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut bersama-sama ketika datang ke kaunter JPJ:

  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
  4. Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
  5. Fi yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda adalah waris atau wakil pemilik kenderaan, terdapat beberapa dokumen tambahan yang perlu dibawa bersama apabila hadir ke kaunter JPJ.

Untuk senarai penuh dokumen yang diperlukan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut daripada pautan ini.

Cara Dapatkan Sijil Pemilikan Geran Kenderaan daripada Kiosk JPJ

Terdapat kiosk JPJ yang tersedia di seluruh Malaysia dimana anda boleh dapatkan salinan Sijil Pemilikan Geran Kenderaan anda dengan mudah.

Tak perlu tunggu giliran ke kaunter atau isi borang, begini cara-caranya :

  1. Pilih bahasa, masukkan kad pengenalan dan gunakan cap jari.
  2. Kemudian, pilih salinan Sijil Pemilikan Geran Kenderaan dan masukkan nombor pendaftaran kereta (nombor plat).
  3. Lakukan pembayaran sebanyak RM 20 menggunakan kad ATM bank sahaja.
  4. Tunggu sehingga salinan siap diproses.
  5. Salinan sedia untuk diambil.
geran hilang
Sumber : Viral Media Johor

Sumber : JPJ, Free Malaysia Today, Viral Media Johor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut