Cara Daftar MidJourney AI, Prompt Asas, Tips Hasilkan Gambar
Seiring dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI), banyak aplikasi atau program menarik yang dicipta oleh pembangun dari seluruh dunia termasuklah Midjourney.
Midjourney ialah program dan perkhidmatan kecerdasan buatan generatif yang dicipta dan dihoskan oleh makmal penyelidikan bebas yang berpangkalan di San Francisco, Midjourney, Inc.
Bayangkah anda cuma memasukkan beberapa perkataan (dipanggil “prompt”) dari imaginasi anda, program ini akan menjana gambar unik untuk anda.
Tonton video di bawah untuk melihat begitu mudahnya menggunakan program kecerdasan buatan ini untuk hasilkan imej dengan mudah.
Cara daftar Midjourney
Program ini kini dalam beta terbuka yang telah dibuka untuk pendaftaran pada 12 Julai 2022.
- Daftar akaun anda di Discord.
- Daftar akaun anda di Midjourney dan terima jemputan ke saluran Midjourney Discord.
- Pergi ke saluran #newbies dan taip /langgan.
- Pilih pelan Midjourney anda.
- Kembali ke Discord, dan mula menjana imej.
Bagi pengguna baru, anda boleh menggunakan akaun percuma yang didatangkan dengan beberapa hari percubaan.
Artikel berkaitan: Cara Guna ChatGPT AI Untuk Jana Penulisan & Marketing
Cara menggunakan prompt
Midjourney menjana imej daripada perihalan bahasa semula jadi, dipanggil “prompt”.
- Buka Discord
- Klik pada channel #newbies
- Taip /imagine dalam kotak mesej
- Kemudian taip prompt untuk menjana imej anda
- Klik Enter
- Anda akan diberikan 4 gambar yang dijana dengan teknologi AI.
Bagi akaun percuma, masa yang diambil untuk menjana gambar mungkin sedikit lama berbanding akaun berbayar.
Berikut merupakan infografik contoh penggunaan prompt di Midjourney:
Ikuti Facebook Grey Chow Photography untuk lebih banyak tips menarik menggunakan Midjourney.
Tips menghasilkan gambar yang menarik
- Spesifik – Cuba masukkan prompt yang spesifik dengan imaginasi anda
- Belajar dari orang lain – Sertai group Facebook dan belajar daripada individu yang lebih berpengalaman, antaranya group Midjourney Creators Malaysia
- Memasukkan parameter berkaitan – anda juga boleh menggunakan parameter khusus untuk menetapkan butiran utama seperti nisbah aspek, rawak dan gaya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan menggunakan parameter No untuk cuba menghalang perkara tertentu dijana dengan menaip sesuatu seperti –no trees pada penghujung prompt anda.
- Eksperimen dan latihan – Cuba bereksperimen dengan prompt berlainan untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan