Menu Rahmah McD: Set Bubur, Burger, Minuman McDonald’s RM5

Menu Rahmah McD
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Nampaknya McD juga tidak ketinggalan memperkenalkan Menu Rahmah mereka.

Inisiatif Menu Rahmah yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bukan sahaja berjaya menarik perhatian restoran dan gerai-gerai kecil, tetapi juga menarik minat restoran-restoran besar.

Demi menyahut program inisiatif ini, McDonald’s juga telah memperkenalkan pilihan Menu Rahmah mereka sendiri yang pastinya sangat berbaloi dan berpatutan.

Apa itu Menu Rahmah?

Menu Rahmah adalah makanan tengah hari atau malam yang ditawarkan pada harga RM5 sepinggan atau kurang.

Hidangan yang disediakan bagi Menu Rahmah tidak terikat dengan ketetapan khusus, dengan hidangan lazim yang dijual termasuk nasi berlauk dan mi, dengan minuman ringkas seperti air kosong.

Menu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek, Payung Rahmah, dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.

Bagi menyahut dan menyokong usaha kerajaan Malaysia melalui KPDN ini, pihak McDonald’s Malaysia turut sama memperkenalkan kombinasi Menu Rahmah mereka yang menggambungkan satu hidangan makanan dan cawan minuman.

Baca lagi: Senarai Lokasi Menu Rahmah Serata Malaysia

Pilihan Set Menu Rahmah McD

Menu Rahmah McD
Sumber: McDonald’s Malaysia

Di McD, terdapat beberapa pilihan makan dan menuman yang dijual pada harga Rahmah seperti yang berikut:

  1. Menu Rahmah Burger Ayam + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72
  2. Menu Rahmah Bubur Ayam McD (kecil) + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72
  3. Menu Rahmah McEgg + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72
  4. Menu Rahmah Cheeseburger + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72

Sesuai dengan harganya, kombinasi makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak McD ini sebenarnya cukup berbaloi dan mengenyangkan.

Jika masih tidak kenyang, anda boleh beli 2 set ataupun menambah hidangan tambahan lain bersama-sama menu ini.

Cara Membuat Pesanan

Berminat untuk mendapatkan kombo Menu Rahmah McD ini?

Senang sahaja, hadirkan diri anda ke kaunter self-service di mana-mana cawangan McDonald’s dan ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik “Start Order”
  2. Pilih “Eat In” sekiranya hendak makan di McD, atau “Take Away” sekiranya ingin makan dirumah.
  3. Klik “Menu Rahmah” pada menu sebelah kiri
  4. Pilih Menu Rahmah anda
  5. Teruskan pilihan dan lengkapkan pesanan dengan membuat bayaran

Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s seluruh negara.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut