Biodata Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu & Exco

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Setelah berakhirnya PRN Terengganu yang lalu, maka secara rasminya Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang penggal baharu, penggal kedua baginya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua dalam Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar yang berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah pada 3.18 petang.

Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas PN menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, Sabtu lepas.

Dalam PRN Negeri Sembilan yang lalu, beliau yang juga Naib Presiden Pas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

Artikell berkaitan: PRN Terengganu: Keputusan Terkini PRU DUN 2023

Biodata Menteri Besar

Menteri Besar Terengganu

Latarbelakang

Berikut merupakan biodata penuh Menteri Besar Terengganu.

Nama: Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Tarikh lahir: 16 November 1970

Umur: 48 Tahun

Asal: Jerteh, Besut, Terengganu

Isteri: Tuan Faizah binti Tuan Ab Rahman

Pengajian Tinggi

  • PhD (Aeroengine ignition and combustion. high altilude engine failure) School of Mechanical Engineering. University of Leeds, UK (2001)
  • Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies. University of Leeds. UK (1996)
  • B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia (1993)

Kerjaya

  • Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)
  • Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008
  • Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006
  • Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008
  • Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995
  • Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994

Pencapaian

  • Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005
  • Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation. Research & NewTechnologies, Brussels, 2005
  • Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation. Research & New Technologies, Brussels, 2005
  • Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003
  • Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004

Kerjaya Politik

  • Menteri Besar Terengganu (9 Mei 2018 hingga kini)
  • ADUN Rhu Rendang (9 Mei 2018 hingga kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu
  • Setiausaha Politik kepada Presiden Pas (2008-2018)
  • Naib Presiden Pas (21 Jun 2019)
  • Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (2017-2019)
  • Timbalan Pengerusi Pas Humanitarian Affairs and Relief (2017 hingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat (2015-2017)
  • Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat (2013-2015)
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas Pusat (2009 hingga kini) 
  • Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Terengganu
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Marang

Senarai Exco Terkini

Berikut ialah senarai Exco Terengganu:

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Adun Ru Rendang) – Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli

Dato’ Satiful Bahari Mamat (Paka) – Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam) – Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Ariffin Deraman (Alur Limbat) – Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

Dr. Azman Ibrahim (Jabi) – Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi

Mohd Khuzaini Ab Rahman (Kota Putera) – Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau

Hanafiah Mat (Cukai) – Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Termasuk skop pengurusan bencana)

Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk) – Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah

Hishamuddin Abdul Karim (Tepuh) – Pembangunan Belia, Sukan dan NGO

Maliaman Kassim (Ajil) – Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional

Datuk Razali Idris (Kijal) – Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Kredit: Sinar Harian

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut