Biodata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipilih menerajui portfolio sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara bagi menyambung tugas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Berikut dikongsikan serba sedikit berkenaan profil dan pencapaian beliau dalam kerjaya.

Latarbelakang

Mohd Na’im dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Jawatan lain pernah disandangnya, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Biodata Menteri Agama Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

YAA Prof. Adjung Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

LLB (UIAM), LLM (London), DSLP (UIAM), DAIJ (UIAM), Ph.D Sh. (UKM).

  • Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
  • Beliau telah dipilih dan berkhidmat sebagai Cheavening Felo Pelawat Malaysia di Oxford Centre for Islamic Studies, Universiti Oxford, United Kingdom bagi tahun 2008/2009.
  • Dilantik sebagai Felo Pelawat di Harvard Law School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat dan berkhidmat di Universiti Harvard pada bulan Februari 2013 sehingga Mei 2013.
  • Pemeriksa Luar bagi calon PhD Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Berkhidmat sebagai panel dan ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

PENDIDIKAN

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom
  • Diploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan dari UIAM
  • Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam dari UIAM
  • Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

KERJAYA

Memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah Undang-undang di UIAM dari tahun 1990 hingga 1997, kemudian menjadi Peguam Syarie di Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan dan menjadi Peguam Bela & Peguam Cara Malaya pada tahun 1997 hingga 1998.

Pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Petaling sehingga tahun 2001.

Beliau juga telah menjadi Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 2001 sehingga 2003.

Pada tahun 2003, beliau telah dilantik oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai pegawai penyelidik sehingga tahun 2005.

Merupakan pensyarah di UKM dan UIAM pada tahun 2003 sehingga 2008.

Pernah berkhidmat sebagai Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan pada tahun 2007-2008.

Biodata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

PENGLIBATAN

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengambil bahagian dalam seminar tempatan dan antarabangsa dalam bidang pengkhususan beliau.

Beliau telah membentangkan kertas kerja mengenai undang-undang keluarga, subjek syariah dan topik berkaitan di persidangan tempatan serta forum luar negara.

Selain itu, beliau turut menganggotai beberapa Lembaga Penasihat Syariah bank-bank Islam tempatan dan asing serta syarikat-syarikat takaful.

Sumber: https://as-salihin.com/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!