MATTA Fair 2024: Pelbagai Promosi Pelancongan Menarik

Sekiranya anda gemar melancong dan gemar menncari pakej percutian pada harga menarik, MATTA Fair 2024 adalah pameran wajib yang anda kunjungi.

Kebiasaannya, ketika pameran inilah syarikat-syarikat pelancongan akan menawarkan promosi dan kombo percutian menarik yang biasanya tidak ditawarkan ketika waktu lain.

Malah, pameran sebegini juga merupakan waktu yang sesuai sekiranya anda sedang merancang percutian dan ingin mendapatkan informasi tambahan mengena percutian yang dirancang.

Apa itu MATTA Fair?

Mungkin kita kerap mendengar perkataan MATTA Fair ini, namun sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan MATTA itu sendiri?

MATTA merupakan singkatan atau akronim bagi Malaysian Association of Tour and Travel Agents.

MATTA merupakan organisasi yang berkait rapat dengan Kementerian Pelancongan Dan Seni Budaya dan Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) untuk mengadakan pameran (misalnya MATTA Fair), seminar, dan keseluruhannya menjaga industri pelancongan dalam negara Malaysia.

Ianya adalah satu persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1975 oleh beberapa syarikat agensi pelancongan sebagai ‘payung’ yang menaungi keseluruhan syarikat agensi perlancongan dalam negara.

Tarikh dan Lokasi MATTA Fair 2024

  • Tarikh: 6 – 8 Septemb 2024
  • Lokasi: Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)
    Federal Territory (Kuala Lumpur)

Artikel menarik: Cuti Sekolah 2024 : Tarikh Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun KPM

Aktiviti

Selain daripada pameran dan jualan daripada syarikat-syarikat pelancongan, berikut merupakan aktivit-aktiviti menarik lain yang akan dianjurkan ketika MATTA Fair 2024 KL kali ini:

  • Persembahan Circus yang menarik perhatian: Akrobatik yang luar biasa dan persembahan bertenaga yang anda tidak mahu ketinggalan!
  • Hakka Lei Cha DIY: Alami kekayaan budaya Taiwan dan cipta Hakka Lei Cha tradisional anda sendiri!
  • Lukisan Kepala Singa DIY: Cat kepala singa anda sendiri
  • Beg Tote Cetak Sutera DIY: Reka beg tote sutera anda dengan tangan anda sendiri.

Pengankutan Percuma Bas Shuttle

pengangkutan percuma matta fair

Sekiranya anda ingin mengelakkan kesesakan dan menggunakan pengangkutan awam, bas shuttle disediakan daripada lokasi-lokasi yang dinyatakan di atas untuk kemudahan pengunjung ke MATTA Fair.

KL Sentral: Balai Berlepas / Departure Hall
Sunway Putra: Pintu Masuk Utama Main Entrance

🕒 Kekerapan; Setiap 5 minit daripada 8 pagi – 10 malam
📅 Tarikh: 6 – 8 September 2024

Anda juga boleh merujuk gambar di bawah untuk lokasi meletakkan kenderaan anda

parking matta fair

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook Rasmi Matta Fair di https://www.facebook.com/mattafairkualalumpur/

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Matta Fair 2024 KL, sila berhubung dengan pegawai bertugas di talian berikut:

  • Alamat: Wisma MATTA, No 6, Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, Off Jln Yew, 55100 Kuala Lumpur
  • Email: [email protected]
  • Telefon: +60 (03) 9222-1155
Bantu kami share artikel ini: