Generasi X atau Gen X merupakan istilah bagi mengenal pasti satu generasi dalam masyarakat.
Walaupun bagaimanapun, generasi ini tidak terlalu diambil perhatian kerana kebanyakannya hanya mengenali istilah seperti generasi baby boomer dan Milenium sahaja.
Namun, generasi ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang menarik untuk ditelusuri.
Maksud Gen X
Generasi X pula merupakan mereka yang lahir pada tahun 1965-1980 berdasarkan pandangan oleh Pew Research Center, sebuah badan penyelidik bebas.
Istilah “Gen X” mula mendapat perhatian umum selepas ia dipopularkan oleh Douglas Coupland dalam bukunya yang terkenal, Generation X: Tales for an Accelerated Culture (1991). Buku itu bukan sahaja memberi nama kepada generasi ini, tetapi juga menggambarkan gaya hidup, cabaran, dan perspektif unik mereka.
Namun, sebelum itu, istilah ini sebenarnya telah muncul dalam beberapa konteks lain.
Definisi ini telah diterima secara meluas di kalangan ahli akademik dan pada tahun 2024, anggota generasi ini telah berusia 59 tahun, sementara yang paling muda adalah berusia 43 tahun.
Dalam novel yang berjudul A Generation X: Tales for an Accelerated Culture yang ditulis Douglas Coupland melihat pola didikan kedua-dua orang tua yang banyak menghabiskan waktu untuk bekerja, generasi X pun mengikuti jejak itu.
Selain itu, generasi ini juga dikenali sebagai “Generasi MTV,” “Generasi Latchkey,” dan “Generasi Forgotten.”
Kumpulan generasi ini diapit antara Baby Boomer yang lahir sebelum mereka dan Milenium, atau Generasi Y, iaitu selepas daripada mereka.
Perkembangan Gen X
Generasi ini merangkumi mereka yang dilahirkan pada tahun 60-an dan 70-an apabila berlakunya perubahan masyarakat dan budaya yang telah beralih, kesan selepas Perang Dunia II menjadi lebih menonjol.
Kehidupan mereka tidak mudah, kerana selepas tempoh perang, mencari pekerjaan adalah satu cabaran yang besar.
Oleh kerana itu, bekerja adalah falsafah hidup mereka dan ketagihan untuk bekerja – atau menjadi gila dengan bekerja adalah aspek terpemting untuk membesar.
Selain itu, latar generasi ini juga dipengaruhi perkara-perkara berikut:
- Era “Latchkey Kids”: Ramai generasi ini wujud hasil daripada peningkatan kadar perceraian dan penyertaan dalam pekerjaan, serta budaya keibubapaan yang lebih longgar.
- Perubahan Teknologi: Gen ini menyaksi dan mengalami peralihan daripada era analog kepada digital. Mereka adalah generasi terakhir yang mengalami zaman kanak-kanak tanpa internet dan telefon bimbit, tetapi mereka juga generasi pertama yang menggunakan teknologi digital secara meluas ketika umur dewasa mereka.
- Muzik dan Budaya Popular: Remaja generasi ini merupakan generasi terawal menjadikan filem dan permainan video sebagai hiburan mereka.
- Peralihan Politik: Di negara-negara Blok Timur, generasi ini mengalami hari-hari terakhir komunisme dan peralihan kepada kapitalisme. Di kebanyakan dunia Barat, tempoh yang sama juga memperlihatkan dominasi konservatisme dan ekonomi pasaran bebas.
- Ketidaktentuan Ekonomi: Generasi ini memasuki pasaran pekerjaan ketika waktu kemelesetan dan ketidaktentuan ekonomi di banyak negara, yang telah membentuk sikap mereka terhadap kerjaya dan kewangan.
Ciri-Ciri Gen X
Ciri-ciri generasi ini adalah seperti berikut:
- Berdikari: Gen ini sering digambarkan sebagai generasi lebih berdikari. Ciri ini muncul akibat daripada pengalaman mereka yang terpaksa belajar untuk berusaha bagi diri mereka sejak kecil.
- Mementingkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan : Gen ini cenderung untuk meletakkan kepentingan antara keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Ini mungkin berlaku akibat tindak balas kepada pengalaman mereka menyaksikan kesibukan pekerjaan ibu bapa mereka dan kesannya terhadap kehidupan keluarga.
- Skeptisisme: Gen ini sering digambarkan sebagai generasi yang ragu-ragu atau sinis. Ini hasil daripada pengalaman mereka dengan pergolakan ekonomi dan sosial semasa zaman kanak-kanak dan ketika mereka dewasa.
- Suka Berniaga : Gen ini sering dikaitkan sebagai generasi yang mempunyai semangat keusahawanan yang kuat dan produktif di tempat kerja.
- Penyesuaian kepada Teknologi: Walaupun bukan generasi “digital” seperti generasi Milenium, namun generasi ini menunjukkan keupayaan yang kuat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.
PERBANDINGAN RINGKAS ANTARA GENERASI X DENGAN GENERASI LAIN
Aspek | Baby Boomers | Gen X | Milenial (Gen Y) | Gen Z |
Kerjaya | Stabil, kerja keras | Fleksibel, pragmatik | Tujuan + pengalaman hidup | Kerjaya dengan keseimbangan hidup |
Teknologi | Telefon tetap, TV | Komputer awal, VHS | Internet, media sosial | Digital sepenuhnya |
Gaya hidup | Keluarga tradisional | Berdikari | Fokus pada pengalaman | Inklusif & global |
Pandangan sosial | Konservatif hingga moden | Realistik, bebas | Idealistik, terbuka | Sangat inklusif |
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Gen X, sila rujuk kepada pautan:
- https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/10/632556/aku-generasi-x-y-dan-z
- https://www.bamboohr.com/resources/hr-glossary/generation-x
Baca juga: Maksud Gen Z, Gen Y, Gen X, Gen Alpha & Baby Boomers