Perkataan crush sering diungkapkan oleh generasi muda kini dan adakah anda tahu apakah maksud crush?
Sebahagian individu sering terkeliru mengenai maksud sebenar crush dan love atau cinta.
Di sini diterangkan maksud sebenar perkataan crush dan perbezaannya dengan maksud love.
Maksud Crush Secara Literal
Perkataan crush datangnya daripada perkataan Bahasa Inggeris yang mana jika dirujuk dari sudut verb, ianya kepada menekan, memampatkan, menghancurkan, atau merosakkan sesuatu.
Perkataan ini juga merujuk kepada tindakan untuk menggunakan kekerasan atau mengalahkan pihak lain.
Namun, jika crush merujuk kepada kata nama atau noun, ia membawa maksud orang yang berkumpul bersama dalam sesuatu kawasan secara bersesak dan berhimpit.
Makdus Crush Dalam Konteks Kini
Dalam kontek kini, crush merujuk kepada seseorang yang diminati atau disayangi secara rahsia.
Ini bermakna, seseorang individu itu tidak mengetahui ada individu yang meminati dan tertarik kepadanya.
Antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai crush terhadap seseorang adalah seperti:
- Meminati seseorang dalam diam.
- Menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai.
- Sering mengingati orang tersebut.
- Sering memerhati orang tersebut.
- Sering melihat wajah dan gambarnya.
- Sering berfikir tentangnya.
- Berhasrat agar orang tersebut menyukainya.
Perbezaan Crush & Love
Perbezaan kedua-dua perkataan ini adalah seperti berikut:
Crush | Love |
Kegilaan dalam waktu yang singkat dan kuat terhadap seseorang | Perasaan kasih sayang yang mendalam |
Perasaan yang tidak lama | Perasaan jangka masa panjang |
Menyukai berdasarkan faktor fizikal | Berdasarkan kepercayaan, persefahaman dan kasih sayang |
Perasaan wujud serta-merta | Perasaan berkembang secara beransur-ansur |
Tidak nampak ketidaksempurnaan seseorang tersebut | Menerima seseorang itu dengan segala ketidaksempurnaannya |
Sumber: https://www.betterhelp.com/advice/relations/do-i-have-a-crush-or-is-it-real-love/#
Baca juga: Koleksi Ayat Cinta Untuk Kekasih, Klasik, Sweet, Dalam English