Makanan Sedap Di Penang – Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Makanan Sedap Di Penang – Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!

Selain terkenal dengan tempat-tempat menariknya, Penang juga merupakan destinasi kuliner yang popular untuk pencinta makanan.  

Ia juga sering dirujuk sebagai ‘syurga makanan’  oleh pengunjung tempatan mahupun pelancong luar.  

Dengan warisan budaya yang kaya daripada pelbagai komuniti seperti Melayu, Cina, India, dan Eropah, Penang menawarkan pelbagai jenis hidangan yang unik dan semestinya sedap-sedap belaka. 

Untuk artikel kali ini, kita akan meneroka beberapa makanan ikonik di Penang dan cadangan restoran untuk menikmatinya. Jom baca! 

BACA JUGA: Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk

Makanan Sedap Di Penang – Kena Cuba!

1. Nasi Kandar

Nasi Kandar adalah salah satu pilihan makanan yang top di Penang. Tanya je, makanan apa sedap di Penang? Mesti ramai yang cadangkan, nasi kandaq!

Nasi kandar adalah hidangan yang terdiri daripada nasi yang disajikan dengan pelbagai lauk seperti kari ayam, kari kambing, sotong dan sayuran berempah. 

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: Food Panda

Setiap lauk memiliki rasa kari yang kaya dan berlemak. Memang umphh bila dinikmati bersama nasi panas.

Anda boleh mencuba nasi kandar di restoran Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Deen Maju dan beberapa lagi restoran nasi kandar yang ada. 

2. Char Koay Teow

Char Koay Teow juga merupakan salah satu makanan sedap di Penang yang anda kena cuba. 

Hidangan ini terdiri daripada mi pipih yang digoreng dengan api besar bersama udang segar, tauge, telur dan kucai. 

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: Rasa Malaysia

Ramai penjual juga menambah bahan tambahan lain seperti kerang, fishcake dan lain-lain untuk menambahkan lagi keenakan rasanya.

Salah satu cadangan restoran terbaik untuk mencuba Char Koay Teow di Penang ialah di Lorong Selamat Char Koay Teow. 

Restoran ini sangat terkenal kerana menggunakan arang untuk memasak, yang memberikan rasa ‘wok hei’, smokey smokey macam tu. Jangan lupa cuba tau! 

3. Penang Asam Laksa

Seterusnya, makanan sedap di Penang yang anda tidak boleh skip ialah Laksa Penang atau Asam Laksa. Hidangan ini wajib dicuba terutamanya oleh peminat makanan yang berkuah. 

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: Resepi Guru

Dengan rasa asam yang hadir dari asam (tamarind), dicampur pula dengan kuah yang dibuat daripada ikan kembung rebus, disajikan dengan mi tebal dan dihiasi dengan daun pudina, bawang, nanas, dan bunga kantan, laksa Penang sememangnya kaya dengan rasanya yang unik. 

Untuk mencuba laksa Penang, anda boleh pergi ke Penang Road Famous Laksa, Laksa Pak Ngah Taman Ciku, Laksa Janggus, Laksa Aunty Rubu dan banyak lagi. 

4. Pasembur

Kalau mai Penang tak cuba pasembuq memang rugilah hang!

Pasembur adalah sejenis hidangan yang terkenal di Pulau Pinang. Ia terdiri daripada campuran sayur-sayuran segar yang dipotong halus, tauhu, cucur udang, telur rebus, dan kadang-kadang sotong pun ada.

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: George Town

Semua bahan ini dihidangkan dengan kuah kacang yang pekat, manis dan sedikit pedas. Kombinasi tekstur rangup dan lembut dalam hidangan ini menjadikannya salah satu makanan ikonik yang wajib dicuba di Penang. 

Pasembur biasanya dijual di gerai-gerai tepi jalan atau di medan selera seperti di Gurney Drive, yang terkenal dengan kepelbagaian makanan tempatan Penang.

5. Cendol Penang 

Cendol adalah salah satu pencuci mulut paling popular di Malaysia, terutama di Penang. Hidangan ini terdiri daripada cendol hijau yang terbuat dari tepung beras, kacang merah, santan, dan gula Melaka. 

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: TripAdvisor

Rasa manis dan lemak dari santan menjadikan cendol hidangan yang sempurna untuk cuaca panas seperti di negara kita. Lega sikit tekak panas panas ni pekena cendol. 

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: Flickr

Antara cadangan restoran yang menyajikan cendol popular di Penang ialah restoran Penang Road Famous Teochew Chendul. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah Georgetown menjadikannya destinasi wajib bagi pelancong.

BACA JUGA: Pulau Jerejak, Penang: Tarikan Utama & Cara Ke Sana

6. Mee Sotong Hameed Pata

Satu lagi makanan sedap di Penang yang wajib anda cuba ialah Mee Sotong. Apa yang membuatkan Mee Sotong Penang begitu istimewa ialah sotong yang dimasak bersama sambal merah pekat yang berperisa.  Hidangan ini juga sering disajikan dengan telur rebus dan sedikit sayur untuk melengkapkan rasa.

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: PENANG SANA SINI

Antara lokasi paling popular untuk menikmati Mee Sotong Penang ialah di Medan Selera Padang Kota Lama. Gerai mee sotong di sini telah lama beroperasi dan menjadi kegemaran ramai kerana rasa asli dan pedas yang disukai penggemar makanan laut.

7. Mee Udang

Mee Udang Penang juga merupakan salah satu hidangan yang terkenal di Pulau Pinang. 

Hidangan ini menyajikan mi yang dipadankan dengan udang segar, dan biasanya disajikan dengan kuah yang kaya dengan pelbagai rasa. 

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: Che Nom

Untuk merasai mee udang yang padu, anda boleh cuba pergi ke restoran Ayu Mee Udang, Mee Udang 12 Ekor, Ida Mee Udang Butterworth, Warung Tok Mat, Kak Ina Mee Udang dan sebagainya.

8. Nasi 7 Benua

Nasi 7 Benua adalah salah satu hidangan istimewa yang menjadi tarikan di Penang. Ia merupakan gabungan pelbagai jenis nasi dan lauk-pauk yang mewakili tujuh benua di dunia, menjadikannya sebagai sajian yang unik dan beraneka.

Setiap lauk dipilih dengan teliti untuk mencerminkan citarasa dan tradisi masakan dari benua tersebut. Ini memberikan pengalaman kulinari yang pelbagai dan menarik kepada pengunjung.

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: mstar

Terdapat beberapa restoran di Penang yang menawarkan hidangan ini antara yang paling popular ialah Restoran Nasi 7 Benua. Seperti namanya, restoran ini menyajikan hidangan ini sebagai menu utama. 

Selain itu, Koo Boo Cafe juga turut ada menyajikan menu ini. Pengunjung disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu, terutama pada hujung minggu, kerana tempat ini sering penuh dengan pelanggan.

Bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai makanan jalanan dalam satu tempat, berikut adalah beberapa kawasan popular di Penang:

1. Gurney Drive

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!

Gurney Drive adalah salah satu lokasi makanan jalanan yang paling terkenal di Penang. Dengan pemandangan laut yang menakjubkan, Gurney Drive menawarkan pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan seperti:

  • Char Koay Teow: Mi goreng yang dimasak dengan udang, kerang, dan telur.
  • Pasembur: Salad yang terdiri daripada sayur-sayuran, keropok, dan kuah kacang.
  • Cendol: Pencuci mulut sejuk yang terdiri daripada santan, gula Melaka, dan kacang hijau.

2. Little India

Little India di Georgetown merupakan kawasan yang kaya dengan budaya dan makanan India. Di sini, anda boleh mencuba pelbagai hidangan seperti:

  • Roti Canai: Biasanya disajikan dengan kuah kari atau dhal.
  • Nasi Kandar: Nasi dengan pelbagai pilihan lauk, termasuk ayam, daging, dan sayuran.
  • Murtabak: Roti yang diisi dengan daging atau ayam dan rempah yang sedap.

3. Chulia Street

Makanan Sedap Di Penang - Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Sumber: The Travel Mentor

Chulia Street adalah syurga bagi penggemar makanan jalanan. Gerai-gerai di sini menawarkan pelbagai hidangan dari pelbagai budaya. Antara yang popular adalah:

  • Hokkien Mee: Mi udang yang dimasak dalam kuah pekat.
  • Satay: Daging yang dipanggang dan disajikan dengan kuah kacang.
  • Nasi Lemak: Hidangan nasi beraroma santan yang disajikan dengan sambal, ikan bilis, dan telur.
  • Wantan Mee: Mi dengan wantan dan kuah sos yang sedap.
  • Rojak: Salad buah-buahan yang disalut dengan kuah yang manis dan pedas.
  • Bubur Pulut Hitam: Pencuci mulut yang terbuat dari pulut hitam dan santan.

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!

Penutup

Jika anda seorang pencinta makanan, Penang adalah destinasi yang wajib dikunjungi. Dengan pelbagai pilihan makanan yang enak dan harga yang berpatutan, percutian ada ke Penang pasti memberikan keseronokkan berganda-ganda!

Jadi, apa tunggu lagi? 

Rancang perjalanan anda ke Penang dan rasai sendiri keunikan dan kelazatan makanan yang ditawarkan!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut