Majlis Penyampaian Hadiah merupakan satu majlis rasmi yang selalunya sering dijalankan di sekolah dan pusat-pusat pendidikan yang lain. Majlis ini dijalankan bagi meraikan kecemerlangan dan pencapaian para pelajar.
Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang mampu membantu anda dalam menguruskan majlis penyampaian hadiah di sekolah atau pusat pendidikan anda dengan lebih baik.
Tips Pengurusan Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis penyampaian hadiah selalunya merupakan satu majlis formal atau semi formal. Oleh itu tidak hairanlah, apabila setiap kali berlakunya majlis ini, kita perlu mengikut atur cara yang telah ditetapkan oleh pengurus majlis.
Bagi anda yang baru sahaja ingin menjayakan majlis anda ini, berikut merupakan beberapa tips pengurusan majlis yang boleh anda gunakan agar perjalanan majlis anda berjalan lancar.
1. Tip salutasi dalam majlis penyampaian hadiah
Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang dengan betul.
Salutasi ini juga perlu dilakukan daripada pangkat tinggi ke pangkat yang rendah. Sebagai contoh jika disekolah, salutasi perlu dimulakan dengan guru besar, diikuti dengan penolong kanan, guru panitia, guru-guru dan di akhiri dengan para pelajar.
Penetapan panggilan hormat ini dilakukan berasaskan kepada kesesuaian panggilan kepada orang yang dipanggil atau dihormati, anda boleh lihat dalam dokumen dibawah berkenaan jawatan dan panggilan hormat yang bersesuaian.
2. Tip giliran ucapan dalam majlis penyampaian hadiah
Apabila melibatkan ucapan, ia berbeza dengan salutasi, kerana ia perlu dimulakan oleh pegawai rendah atau bawahan dahulu. Jika contoh yang diberikan untuk salutasi tadi dimulakan dengan guru besar, bagi penyampaian ucapan guru besar adalah orang terakhir dalam memberikan ucapan.
Ucapan akan dimulakan oleh pengacara majlis bagi memulakan majlis, diikuti dengan ucapan daripada penolong kanan, dan di akhiri dengan ucapan dari guru besar. Hal ini demikian kerana, ucapan akhir merupakan ucapan perasmian majlis.
3. Tip susunan kedudukan penyampai hadiah
Seterusnya perkara penting yang perlu disusun sebelum majlis bermula adalah susunan penyampai hadiah. Jika susunan penyampai hadiah tidak disusun dengan betul, akan berlaku sedikit kecelaruan sewaktu majlis berlangsung.
Susunan penyampai hadiah bagi sesuatu majlis penyampaian hadiah boleh dilakukan dengan kedudukan seperti di bawah:
4. Tip susunan kedudukan penyampaian cenderamata
Setelah berakhirnya sesi penyampaian hadiah kepada para pelajar, pihak sekolah juga selalunya akan melakukan sesi penyampaian cenderamata.
Perkara ini selalunya, berlaku apabila majlis tersebut dihadiri pegawai atasan, seperti Pegawai Pendidikan Negeri atau Ketua PIBG sekolah tersebut.
Susunan kedudukan bagi penyampaian cenderamata ini boleh dilakukan seperti di bawah:
6. Tip susunan kerusi tetamu kehormat
Semestinya, dalam sesuatu majlis rasmi seperti majlis penyampaian hadiah, kedudukan kerusi atau tempat duduk tetamu kehormat (VIP) juga amat penting dan perlu disusun dengan baik.
Susunan kerusi ini boleh dilakukan seperti berikut jika jumlah tetamu adalah genap:
Bagi majlis penyampaian hadiah yang jumlah tetamu VIP ialah ganjil, anda boleh melakukan susunan kerusi seperti di bawah:
8. Cadangan penyampai hadiah dan pengiring
Penyampai hadiah selalunya merupakan orang yang berjawatan paling tinggi dalam sesuatu majlis.
Sebagai contoh, jika di sekolah, guru besar merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjadi penyampai hadiah. Namun begitu, jika guru besar tiada orang seterusnya yang bertanggungjawab dalam menjadi penyampai hadiah adalah Penolong Kanan.
Bagi pengiring pula, ia harus dilakukan oleh pegawai yang rendah satu atau dua jawatan dari penyampai. Jika guru besar adalah penyampai, pengiring adalah Penolong Kanan atau ketua bidang.
Anda boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan dalam pemilihan penyampai hadiah dan pengiring bagi majlis anda nanti:
Diharapkan tips-tips yang dikongsikan oleh Muslim Hadi ini dapat membantu anda dalam memastikan majlis penyampaian hadiah yang dijalankan di sekolah anda berjalan dengan lancar.