Lupa Password Wifi? Ini Cara Dapatkan Semula Kata Laluan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ini cara mudah bagi anda yang lupa password WiFi untuk dapatkatn semula password tersebut. Untuk keselamatan sambungan WiFi dirumah, kita biasanya akan menetapkan katta kunci atau password untuk melindungi capaian internet kita daripada digunakan oleh orang luar.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa ketika kita mungkin sudah lupa password yang ditetapkan untuk router WiFi kita dirumah.

lupa password wifi

Ada kemungkinan, kita perlu mencari semula password tersebut untuk menyambungkan telefon pintar, tablet, komputer atau apa sahaja peranti baru dengan jaringan WiFi kita di rumah.

Apakah solusi yang ada? Bagaimanakah caranya kita ingin menyemak kembali password WiFi yang sudah dihubungkan dengan peranti elektronik kita?

Dapatkan semula password dari smartphone / tablet

Malangnya tidak ada cara untuk anda melihat password WiFi yang sudah disambungkan ke telefon pintar anda, tidak kira sama ada anda mempunyai sistem operasi Android, iOS atau apa sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah menyambungkan WiFI anda dengan komputer atau komputer riba anda, anda boleh mengikuti salah satu cara dibawah untuk dapatkan semula password WiFi.

Cara 1: Dapatkan semula password dari Windows

Bagi anda yang lupa password WiFI dan menggunakan komputer yang menggunakan sistem operasi Windows, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk dapatkan semula password WiFi.

Untuk melihat kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada Windows, buka senarai rangkaian wayarles dalam Control Panel.

Anda boleh melakukannya dengan cepat dengan menekan Windows Key + R, menaip ncpa.cpl ke dalam kotak carian dan menekan Enter.

Klik kanan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, pilih Status, dan klik butang “Wireless Properties”.

Klik pada tab “Security” dan tandakan kotak “Show characters” untuk melihat kata laluan Wi-Fi yang disimpan.

Anda mesti mempunyai akses pentadbir kepada komputer untuk melihat maklumat ini. Cara ini

Anda mesti mempunyai akses pentadbir kepada komputer untuk melihat maklumat ini. Cara ini hanya berfungsi jika komputer riba Windows anda sedang disambungkan ke rangkaian Wi-Fi.

Cara 2: Dapatkan semula password dari Mac

Bagi anda yang lupa password WiFI dan menggunakan komputer yang menggunakan sistem operasi iOS, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk dapatkakn semula password WiFi.

Untuk mendapatkan semula kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada Mac, buka aplikasi “Keychain Access”.

Tekan Command+Space, taip “Keychain Access,” dan kemudian tekan Enter.

Pilih kategori “Kata Laluan” dan cari nama rangkaian Wi-Fi. Ia muncul sebagai “AirPort network password”.

Anda boleh klik kanan nama rangkaian, dan kemudian pilih pilihan “Copy password to clipboard”.

Atau, anda boleh mengklik kanan nama, pilih “Get Info” dan kemudian tandai kotak “Show password”.

Anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan Mac anda untuk melihat maklumat ini dan ia hanya akan berfungsi jika akaun anda ialah akaun pentadbir.

Cara 3: Reset Router

Sekiranya mana-mana cara di atas tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kembali password WiFi anda, ini mungkin merupakan cara terakhir yang anda boleh gunakan.

Dengan cara reset router anda kepada tetapan kilang tidak akan memberitahu anda kata laluan semasa, tetapi ia akan menukar kata laluan router kepada kata laluan asal yang didatangkan dari kilang yang dicetak di bahagian bawah atau belakang router.

Menetapkan semula router anda juga akan memutuskan sambungan setiap perantib yang telah anda sambungkan ke router, ini bermakna semua peranti yang disambungkan kepadanya perlu disambung semula. Atas sebab ini, menetapkan semula router harus menjadi pilihan terakhir anda.

  1. Cari butang “Reset” router anda. Butang ini biasanya terletak di belakang router dan sangat kecil.
  2. Tekan dan tahan butang “Reset”. Lakukan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan router diset semula sepenuhnya.
  3. Cari maklumat log masuk asal router anda. Maklumat ini biasanya ditemui di bahagian router merangkumi maklumat berikut:
    • Nama rangkaian atau SSID
    • Kata Laluan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut