Lomotil: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

lomotil
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah kegunaan Lomotil untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Lomotil dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu Lomotil

Lomotil (diphenoxylate dan atropine) adalah gabungan ubat antidiarrheal, dan antikolinergik yang digunakan untuk merawat cirit-birit.

Ubat ini boleh anda dapatkan dalam bentuk generik.

Kandungan Lomotil

Lomotil tergolong dalam kelas ubat yang dipanggil anti-cirit-birit. Ia mengandungi dua ubat aktif iaitu diphenoxylate dan atropin.

Fungsi dan kepentingannya

Lomotil biasanya digunakan untuk merawat cirit-birit akut (jangka pendek) yang tahan terhadap ubat lain.

Cirit-birit akut mungkin berkaitan dengan penyakit jangka pendek seperti stomach bug.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit-birit kronik (yang berlarutan selama empat minggu atau lebih). Cirit-birit jenis ini mungkin berkaitan dengan keadaan pencernaan (perut).

Diphenoxylate dikatakan mampu untuk mengurangkan motiliti usus yang berlebihan.

Manakala kandungan atropin yang sedikit itu tidak menggalakkan penyalahgunaan diphenoxylate tetapi tidak mempunyai sifat anti-cirit-birit itu sendiri.

Cara pengambilan

Lomotil boleh didapatkan dalam bentuk cecair atau tablet. Jika anda makan dalam bentuk cecair, pastikan ia diukur dengan teliti untuk memastikan dos yang betul diberikan.

Lomotil juga boleh diambil dengan segelas air. Dos awal dewasa yang disyorkan ialah dua tablet Lomotil empat kali sehari atau 10 ml (dua sudu kecil biasa) cecair Lomotil empat kali sehari (20 mg sehari). Dos kanak-kanak ditentukan oleh berat kanak-kanak.

Jika anda terlepas satu dos, ambil secepat mungkin. Jika hampir tiba masanya untuk dos seterusnya, ambil dos itu sahaja. Jangan ambil dos dua kali ganda atau tambahan.

*Ikut arahan pada label ubat dan ambil ubat ini seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.

Ubat yang boleh berinteraksi dengan Lomotil

Ubat ini juga boleh bertindak balas dengan ubat lain seperti:

  • Antidepressants (Haldol, Elavil)
  • Antihistamines (Benadryl)
  • Anxiety medicines
  • Monoamine oxidase (MAO) inhibitors (Nardil, Parnate)
  • Muscle relaxants
  • Pain relievers
  • Sedatives (Ambien, Dalmane, Restoril)

Selain itu, semasa mengambil ubat ini anda juga harus mengelak dari minum minuman beralkohol.

Kaedah penyimpanan

Lomotil sama seperti ubat-ubatan jenis kapsul yang lain di mana ia paling baik disimpan pada suhu bilik (15-30°C) iaitu jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan.

Jangan sesekali menyimpan ubat ini di bilik mandi atau peti sejuk untuk elak dari rosak. Jauhi juga ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Sekiranya tidak lagi digunakan, anda tidak boleh membuang ubat ini ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang. Jangan gunakan ubat selepas tarikh luput.

Sentiasa rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk ini dengan selamat.

Kesan sampingan

Semua ubat boleh mempunyai kesan sampingan termasuklah Lomotil. Antara kesan sampingan ubat ini adalah seperti berikut:

  • sembelit teruk
  • sakit perut
  • kembung perut
  • cirit-birit yang berterusan atau semakin teruk
  • sakit teruk di bahagian atas perut anda merebak ke belakang anda
  • demam
  • halusinasi
  • sawan (kejang)
  • pernafasan yang cepat
  • pernafasan lemah atau cetek
  • degupan jantung cepat
  • sangat dahaga atau panas
  • tidak atau sedikit kencing
  • berpeluh berat
  • kulit panas dan kering

Segera beritahu doktor anda sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Lomotil dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Lomotil (Diphenoxylate & Atropine): Uses & Side Effects. Cleveland Clinic
  2. What You Need to Know About Lomotil. Verywell Health
  3. Apa itu ubat Lomotil? Kementerian Kesihatan Malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut