Le Tour de Langkawi kini kembali bagi edisi tahun 2024 dengan taglline “Beat the Heat”.
Ianya merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia dan mempunyai reputasi yang baik dalam kalendar basikal antarabangsa dan tahun ini merupakan tahun ke 27 penganjurannya.
Trek atau laluan acara Le Tour de Langkawi akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang berjaya menarik penyertaan pasukan-pasukan profesional dari seluruh dunia.
Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang dijadual berlangsung dari 29 September hingga 6 Oktober 2024 ini akan bermula di Langkawi untuk Peringkat Pertama.
Penganjuran tahun ini turut mengekalkan nama Langkawi sebagai ikon jelajah berbasikal berstatus Pro Series dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu.
Pada masa yang sama, taraf perlumbaan LTdL 2024 ini kekal berstatus ProSeries – penarafan saingan jelajah berbasikal jalan raya pada Tier 2 oleh badan induk sukan berbasikal dunia, UCI.
Latarbelakang Le Tour De Langkawi
Tour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia dan ia dinamakan sempena kepulauan Langkawi, di mana edisi pertama bermula dan berakhir.
Perlumbaan ini telah diadakan setiap tahun sejak 1996, terutamanya pada bulan Februari.
Ia biasanya terdiri daripada segmen (peringkat) selama 10 hari selama 10 hari, tetapi telah dikurangkan kepada lapan peringkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaupun laluan berubah setiap tahun, pendakian Genting Highlands, yang paling sukar dalam acara ini , sentiasa disertakan.
Tour de Langkawi diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan jalan raya 2.HC dalam kalendar Jelajah Asia UCI.
Perlumbaan ini akan menjadi sebahagian daripada UCI ProSeries baharu pada tahun 2020.
Tema Edisi 2024
Tema Le Tour de Langkawi bagi edisi kali ini adalah “Beat The Heat” yang mencerminkan ujian getir menanti pelumba menerusi pendakian penuh mencabar ke puncak Genting Highlands dan kayuhan menguji ketahanan dalam cuaca panas terik.
Edisi Ke-28 perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia ini dijadualkan berlangsung daripada 29 September sehingga 6 Oktober 2024 dengan dua bandar di Sarawak, Miri serta Bintulu, bakal menjadi hos buat kali pertama selain bandar Kulai di Johor yang turut dipilih untuk kali ini.
Format Acara LTDL 2024
Semua Le Tour de Langkawi peringkat ditetapkan masa sehingga penamat.
Masa untuk setiap peringkat selesai dikompaun; pelumba yang mempunyai masa agregat paling rendah adalah pendahulu perlumbaan dan boleh memakai jersi kuning.
Selain jersi kuning, terdapat lagi beberapa jersi yang menjadi buruan peserta antaranya seperti Raja Pecut, Raja Bukit, Pelumba Asia Terbaik, Pasukan Terbaik dan Pasukan Asia Terbaik.
Promosi: Shopee menawarkan basikal lipat (20-inch folding bike) dengan harga serendah RM200 sahaja. Dapatkannya di SINI.
Penyertaan Pasukan Negara
Tiga pasukan berbasikal negara dijangka menyertai perlumbaan Le Tour de Langkawi kali ini iaitu:
- Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan
- Terengganu Cycling Team (TSG)
- Malaysia Professional Cycling (MPC)
Jadual & Trek Laluan
Laluan pada tahun ini dijangka lebih mencabar membabitkan pendakian berturut-turut (back to back mountain climbs) bagi peringkat ketiga di Cameron Highlands, diikuti pendakian ke Genting Highlands untuk peringkat keempat.
Pelumba-pelumba bakal diuji dengan jarak perlumbaan hampir 200 km untuk peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu yang menyediakan peluang membuat pemecahan (breakaway) dan mampu jadi penentu juara keseluruhan Petronas LTdL kali ini.
Lokasi, Jangkaan Masa, Laluan Peringkat 1 -8 & Penutupan Jalan
Sila ambil maklum tentang penutupan jalan sementara di sepanjang laluan perlumbaan untuk Petronas Le Tour de Langkawi 2024 yang akan berlangsung dari 29 September – 6 Oktober.
Rujuk infografik di bawah untuk mengetahui laluan-laluan yang terlibat sepanjang 8 hari bermula ahad ini.
STAGE 1 – 29 SEPTEMBER 2024
Berikut adalah ringkasan keputusan Peringkat 1 PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024:
Klasifikasi Individu Peringkat (Stage 1 Langkawi Round Island):
- Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) – 2:04:37
- Casper Van Uden (DSM-Firmenich PostNL) – +00:00:00
- Lorenzo Conforti (VF Group-Bardiani CSF) – +00:00:00
Jersi Hijau (Klasifikasi Umum Berdasarkan Masa):
- Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) – 2:04:25
- Casper Van Uden (DSM-Firmenich PostNL) – +00:06
- Xavier Cañellas Sanchez (Euskaltel-Euskadi) – +00:06
Pelumba Malaysia Terbaik:
Rosli Muhammad Nur Aiman (Terengganu Cycling Team) –
2:04:33
Pelumba Asia Terbaik (Jersi Putih MSN):
Rosli Muhammad Nur Aiman (Terengganu Cycling Team) –
2:04:33
STAGE 2 – 30 SEPTEMBER 2024
Senarai penuh peserta & pemenang Peringkat 2 : https://www.letourdelangkawi.my/wp-content/uploads/2024/09/24PLTDL-Results-Stage-2.pdf
STAGE 3 – 1 OKTOBER 2024
Senarai penuh peserta & pemenang Peringkat 3 : https://www.letourdelangkawi.my/wp-content/uploads/2024/10/24PLTDL-Results-Stage-3.pdf
STAGE 4 – 2 OKTOBER 2024
Senarai penuh peserta & pemenang Peringkat 4 : https://www.letourdelangkawi.my/wp-content/uploads/2024/10/24PLTDL-Results-Stage-4.pdf
STAGE 5 – 3 OKTOBER 2024
- Rabu 03.10.2024
- Peringkat 5: Kuala Lumpur – Melaka
- Bermula 11:00 pagi – 3:00 petang
- Sila rancang perjalanan anda!
Senarai penuh peserta & pemenang Peringkat 5 : https://www.letourdelangkawi.my/results-2024/
STAGE 6 – 4 OKTOBER 2024
Jumaat, 4.10.2024
📍Peringkat 6: Batu Pahat – Kulai
🕛 Bermula 8:30 pagi – 11:25 pagi
Sila rancang perjalanan anda!
STAGE 7 – 5 OKTOBER 2024
STAGE 8 – 6 OKTOBER 2024
Penutupan jalan juga akan berlaku pada 28 September untuk acara Domestique by Petronas Le Tour de Langkawi.
Rancang perjalanan anda lebih awal dan dapatkan maklumat laluan untuk mengelakkan kesesakan.
Siaran Langsung Le Tour De Langkawi
Saksikan aksi mendebarkan secara langsung di platform media sosial rasmi Petronas Le Tour de Langkawi — Facebook dan YouTube!
Anda juga boleh menonton perkembangan terkini, liputan langsung dan kapsul semasa di laman sosial Majlis Sukan Negara Malaysia.
Senarai Pautan Live Streaming
- Youtube MSN
- Youtube LTDL
- Facebook MSN Crosspost to LTDL:
Penonton antarabangsa boleh menonton di Eurosport, manakala peminat tempatan boleh mengikuti perlumbaan di Astro Arena 802.
Jom Tonton Secara Langsung!
Info dan perkembangan terkini
Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terbaru Le Tour de Langkawi 2024, anda boleh ikuti sumber-sumber berikut:
- Laman web rasmi: https://www.letourdelangkawi.my/
- Facebook : Majlis Sukan Negara Malaysia
Baca juga: Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online
Promosi: Dapatkan pelbagai kelengkapan berbasikal dengan harga terendah di SINI!