Latihan Menulis ABC: Tips dan Muat Turun Lembaran Kerja

latihan menulis ABC
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Setelah anak-anak kecil diperkenalkan dengan huruf, maka guru atau ibu bapa bolehlah mula mendedahkan mereka latihan menulis huruf ABC sehingga Z.

Paling penting, ibu bapa bapa atau guru perlulah mengetahui langkah mendedahkan anak-anak dengan latihan menulis ABC secara step by step agar mereka dapat mempelajarinya dengan seronok dan tidak tertekan.

Bergantung pada seseorang anak itu, kebiasaan anak-anak yang berumur 4 atau 5 tahun boleh didedahkan dengan latihan menulis ABC setelah mereka diperkenalkan dengan huruf-huruf tersebut.

Untuk permulaan, boleh mulakan dengan menyambungkan titik-titik berbentuk huruf A sampai Z – latihan yang dapat meningkatkan koordinasi psikomotor anak-anak kecil.

Artikel berkaitan: Latihan Mewarna: Muat Turun Template Mewarna Percuma

latihan abc

Contoh poster ABC bergambar

Muat Turun Latihan Menulis ABC

Untuk permulaan, anda boleh memuat turun template di bawah, cetak dan berikan pada anak-anak untuk latihan menulis ABC mereka.

Pada fasa ini juga, anda boleh mengajar merek membezakkan antara huruf kecil dan besar.

Anda boleh muat turun, cetak dan gunakan plastik laminasi agar sumber latihan ini boleh diulang pakai menggunakan pen dakwat tanpa toksik dan gunakan yang mudah dipadam agar anak-anak boleh membuat latihan berulang kali dan boleh digunakan untuk kelas yang berbeza.

Jimat serta memelihara alam sekitar.

Sekiranya anda hanya menggunakan lembaran kerja ini dirumah untuk anak-anak dan hanya digunakan sekali, disarankan untuk mencetak lembaran kerja ini menggunakan tetapan ton jimat dakwat pada mesin pencetak anda.

Sumber berkualiti ini dihasilkan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bilik darjah agar pelaburan anda menjadi berbaloi demi perkembangan pendidikan awal anak-anak.

Anda juga boleh muat turun melalui Facebook di sini : Bahan Prasekolah https://www.facebook.com/yannraisbahanprasekolah/posts/pfbid08d3fjh2Y3geN7pL9PbfR6rDBgat2nKXDytexH5X4MFLZLmqU8nGrU17VXvTHLdr1l

Tips Berkesan Belajar Menulis Untuk Kanak-kanak Prasekolah

Berikut merupakan beberapa tips berguna yang boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru dalam menyediakan latihan menulis ABC buat kanak-kanak kecil:

  1. Pastikan pelajar dalam mood yang baik
  2. Kenalpasti tahap potensi pelajar dan ajar ikut potensi diri mereka – ada anak-anak yang memerlukan masa lebih lama untuk belaja sesuatu yang baru
  3. Selang-selikan dengan subjek pembelajaran lain agar kanak-kanak tidak mudah bosan
  4. Setelah anak-anak mahir menyambung titik-titik yang membentuk huruf, barulah biasakan mereka menulis huruf sendiri tanpa panduan dari titik-titik.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut