Pelajar Tingkatan 3 yang ingin menguasai mata pelajaran Matematik perlu untuk selalu melakukan latihan Matematik Tingkatan 3.
Dengan latihan yang berterusan secara latih tubi, ini akan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam subjek ini.
Maksud Matematik
Matematik adalah suatu cabang ilmu yang mengajar manusia berfikir secara logik melalui pembuktian dengan bahasa tersendiri yang mampu mengungkapkan konsep yang terkandung di dalamnya.
Dalam erti kata lain, matematik ialah pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
Perkembangan ilmu dan aplikasi matematik telah menghasilkan banyak inovasi dan penghasilan banyak teknologi baru hingga ke hari ini.
Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 3
Sukatan pelajaran Matematik bagi Tingkatan 3 boleh dirujuk menerusi file di bawah:
Tips Menguasai Mata Pelajaran Matematik
Untuk menguasai mata pelajaran Matematik, antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
- Fahami konsep asas Matematik: Konsep asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan titik asas yang perlu dikuasai, selain perpuluhan, pecahan dan banyak lagi. Apabila konsep asas dikuasai, murid lebih mudah faham bila belajar sesuatu melibatkan beberapa operasi Matematik.
- Menghafal sifir: Menghafal sifir penting bagi memastikan semua operasi darab atau bahagi dapat dikuasai oleh murid.
- Membuat latihan dengan kerap: Membuat latihan dengan kerap dapat memastikan murid mahir untuk menjawab soalan-soalan Matematik dengan mudah. Semakin banyak murid membuat latihan, mereka akan semakin cekap menjawab soalan.
- Belajar secara berkumpulan: Belajar secara berkumpulan memberi peluang untuk bertukar pandangan dan formula bersama-sama rakan-rakan. Ini juga juga dapat melatih pemikiran murid untuk fokus terhadap persoalan yang diberi dan menajamkan daya ingatan dalam subjek ini.
- Tanamkan pemikiran subjek Matematik adalah mudah: Yakinkan diri bahawa belajar Matematik amat mudah. Ini akan memastikan subjek ini mudah untuk difahami dan gembira untuk belajar.
Muat Turun Latihan
Berikut merupakan modul latihan Matematik bagi Tingkatan 3:
Info Lanjut
Untuk ulang kaji mengenai matematik Tingkatan 3, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=qJ9053gS-F4&list=PL9kqDyX9eKgdsUhmS9yF2CrKRPUdKhl5-
Baca juga: Koleksi Latihan Bahasa Melayu Tahun 3