Aplikasi pembangunan profesional khusus kepada guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu LADAP Plus telah diperkenalkan sebagai salah satu inovasi terbaharu untuk pembangunan guru di Malaysia.
Pengenalan aplikasi ini mampu meningkatkan kualiti guru dalam mengembangkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang pengajaran.
Mengenai LADAP Plus
LADAP Plus yang bermaksud Leadership and Development Application by PEMIMPIN GSL merupakan sebuah platform inovatif dibangunkan untuk membudayakan pembangunan profesionalisme berterusan yang berkesan untuk guru-guru di Malaysia.
Aplikasi ini telah dibangunkan oleh PEMIMPIN GSL dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) dan KPM.
Pembangunan aplikasi ini selaras dengan objektif yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Digital, iaitu memperkasakan pendidik dan pemimpin sekolah untuk mengintegrasikan teknologi digital ke dalam ekosistem pendidikan.
Keistimewaan LADAP Plus
Antara keistimewaan aplikasi ini adalah seperti berikut:
- Kandungan pembelajaran dalam bentuk video pendek, infografik, quiz dan banyak lagi.
- Kandungan kursus yang ringkas dan mudah difahami.
- Muat turun kursus dan sambung dari mana anda berhenti secara luar talian.
- Jejak ganjaran anda seperti e-sijil, lencana dan mata pengalaman selepas selesai setiap kursus.
- Suasana pembelajaran yang fleksibel yang sepadan dengan masa anda.
- Ikuti kursus untuk pembangunan profesionalisme anda di mana-mana pada bila-bila masa.
Ciri LADAP Plus
Antara ciri-ciri aplikasi ini adalah:
- Pembelajaran kendiri bagi memperkasakan pendidik dengan pembangunan profesional yang fleksibel.
- Hab kandungan yang kaya untuk membenarkan akses kepada koleksi pelbagai kandungan.
- Mengembangkan jaringan perhubungan dengan melibatkan diri dalam forum, kerjasama dan pertukaran pandangan.
Elemen LADAP Plus
Elemen-elemen yang ada dalam aplikasi ini adalah:
- Kandungan bite-sized (pembelajaran mikro) – Kursus ringkas dan singkat dalam bentuk teks pendek, imej dan video.
- Berfokuskan pelaksanaan – Mengandungi strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam situasi sebenar.
- Berdasarkan keperluan – Guru boleh memilih kursus dan kandungan pembelajaran mengikut keperluan dan konteks semasa.
- Gamifikasi – Terdapat elemen gamifikasi bagi menjadikan pengalaman pembelajaran di dalam aplikasi lebih menarik.
- Forum – Membolehkan para guru berhubung dan berkongsi pandangan dan amalan terbaik antara satu sama lain.
- Integrasi media sosial – Membolehkan para guru berkongsikan kemajuan, pembelajaran, pencapaian dan sijil yang diperoleh di platform media sosial.
Mata Kredit SPLKPM
Aplikasi ini juga sudah disenarai masuk dalam senarai pelantar e-Pembelajaran SPLKPM oleh pihak Bahagian Profesionalisme Guru (BPG).
Ini bermakna, guru yang sudah selesai mengikuti kursus di dalam aplikasi LADAP Plus, boleh mendapatkan mata kredit SPLKPM kategori e-pembelajaran.
Untuk daftar LADAP Plus di SPLKPM, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Login di pautan https://splkpm.moe.gov.my/.
- Klik bahagian “P06: e-Pembelajaran.”
- Klik “Tambah Aktiviti” dalam senarai e-pembelajaran.
- Isi maklumat yang diperlukan dan untuk bahagian pelantar e-pembelajaran, pilih LADAP Plus.
- Klik butang “Simpan.”
Cara Muat Turun
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau App Store:
- Google Play: https://play.google.com/store/apps/details…
- App Store: https://apps.apple.com/my/app/ladap-plus/id6448714066
Info Lanjut
Info lanjut mengenai aplikasi ini, sila layari laman web https://www.ladapplus.org/.
Baca juga: Semakan Keputusan UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026