Sekiranya anda bercita-cita ingin menjadi seorang pemandu bas, maka tawaran Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) secara percuma ini tidak boleh anda lepaskan.
Program ini merupakan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA).
Tawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan dan bercita-cita untuk mencari pekerjaan sebagai kapten kapal.
Tempoh permohonan Kursus PSV Percuma
Permohonan telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah 7 Julai 2022.
Program Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA) ini akan berlangsung selama 3 bulan dan setiap peserta yang diterima masuk akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan.
Cara memohon
Permohonan untuk menyertai Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengisi maklumat dan butiran diri anda di Google Form di pautan berikut:
Hanya permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan.
Syarat permohonan
Sebelum anda mengisi borang permohonan untuk program kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini, pastikan anda memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Terbuka kepada rakyat Malaysia berusa antara 21 hingga 40 tahun
- Keutamaan kepada penduduk di wilayah KEJORA
- Sihat tubuh badan
- Boleh membaca dan menulis
- Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol
- Pemegang lesen D selama 2 tahun dan tiada rekod saman tertunggak
- Terhad kepada 30 orang peserta sahaja
- Permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh 7 Julai 2022
Manfaat program Kursus PSV
Berikut merupakan beberapa kelebihan yang bakal dinikmati oleh peserta Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) ini:
- Latihan percuma selama 3 bulan
- Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
- Elaun latihan sebanyak RM150.00
- Makan, minum dan asrama disediakan sepanjang latihan
Kursus sebegini biasanya adalah berbayar dan tidak murah maka sesiapa yang terpilih sebenarnya sangatlah beruntung kerana dapat mengikutinya secara percuma.
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila hubungi dengan pegawai bertugas di bawah ini:
- En Amir Hafizal – 07 884 3086
- Cik Norniza – 07 884 3085
Poster hebahan
Baca juga: