Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Jantung Negara (IJN) kini mengalu-alukan lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di Kolej Institut Jantung Negara.
Mungkin ada yang belum tahu tentang kewujudan Kolej IJN, namun ia menawarkan pelbagai bidang pengajian yang menarik. Bukan sekadar bidang Kesihatan, malah terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara seperti Perakaunan, Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Dept) dan sebagainya.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara untuk memohon serta maklumat lanjut mengenai tawaran kemasukan ke Kolej Institut Jantung Negara.
Baca Juga : Tawaran Bantuan Kemasukan Ke IPTA@IPTS Yayasan Sejahtera Kulai
Program Yang Ditawarkan di Kolej IJN
Antara program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara adalah :
- Diploma in Pharmacy
- Diploma in Psychology
- Diploma in Healthcare Management
- Diploma in Physiotherapy
- Diploma in Occupational Safety & Health
- Diploma in Business Administration
- Diploma in Human Resources Management
- Diploma in Accounting
Kelebihan Pelajar Kolej IJN
Antara manfaat yang ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Kolej Institut Jantung Negara adalah :
- Pemberian elaun sebanyak RM 450 sebulan.
- Asrama disediakan
- Pengangkutan disediakan
- Peluang pekerjaan bersama IJN Group
- Percuma “Professional Courses with Certificate”
- Peruntukan RM 200 untuk tiket penerbangan ke KLIA khas untuk pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Lepasan SPM yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Merupakan warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Lulus SPM dengan minima 3 kredit (kecuali Program Diploma in Physiotherapy yang memerlukan minimum 5 kredit).
Cara Memohon Kemasukan ke Kolej Institut Jantung Negara
Calon yang berminat serta berkelayakan boleh ikuti temuduga pengambilan pelajar di masa dan lokasi berikut :
Lokasi : Institut Jantung Negara Kuala Lumpur
Masa : 10 September 2022 (Sabtu, 9.00 pagi)
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan pelajar ke Kolej Institut Jantung Negara, sila hubungi pegawai bertugas di talian Whatsapp 013 5801286.
Anda juga boleh ikuti laman Facebook Kolej IJN untuk ketahui perkembangan terkini.