Kiosk Sentuhan MADANI, satu lagi inisiatif baharu yang baru sahaja dilancarkan bagi membantu menambah baik perkhidmatan awam.
Pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya pada 9 Januari 2025.
Inisiatif ini bertujuan untuk memodenkan penyampaian perkhidmatan awam dan memenuhi keperluan rakyat dengan lebih baik.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: BUDI Madani 2025 – Tarikh Bayaran Subsidi Diesel RM200
Kiosk Sentuhan MADANI
Kiosk Sentuhan MADANI ialah merupakan sistem kiosk digital yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi strategik untuk memudahkan akses orang ramai kepada perkhidmatan awam.
Tujuan utama kiosk ini diwujudkan adalah untuk memodenkan penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan, dan memenuhi keperluan rakyat dengan lebih baik.
Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di pejabat-pejabat kerajaan dan memudahkan urusan harian rakyat.
Melalui kehadiran kiosk ini rakyat dapat memperoleh maklumat terkini mengenai pelbagai inisiatif kerajaan, membuat permohonan dokumen rasmi, membayar bil, dan bahkan mendapatkan bantuan perkhidmatan pelanggan secara langsung.
Bagi fasa pertama, Kiosk Sentuhan MADANI yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Unit Pantau MADANI dengan pembabitan pelbagai kementerian, agensi dan pihak swasta beroperasi di Alamanda, Putrajaya.
Ciri-ciri utama
- Menawarkan lebih 90 jenis perkhidmatan kerajaan melalui enam kiosk digital.
- Perkhidmatan yang disediakan termasuk dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan MyDigital ID.
- Beroperasi di luar waktu pejabat biasa, membolehkan orang ramai mengakses perkhidmatan pada bila-bila masa yang sesuai.
- Merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2025 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lokasi Kiosk Sentuhan Madani
Kiosk Sentuhan MADANI pertama telah berjaya diwujudkan di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya iaitu di Aras G South Wing.
Sebanyak enam (6) buah kiosk digital disediakan di lokasi ini, melibatkan agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Bhd (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta MyDigital ID (MIMOS).
Lokasi kedua Kiosk Sentuhan MADANI dijangka mula beroperasi pada penghujung Februari 2025 di KL Sentral.
Perkhidmatan Ditawarkan
Kiosk Sentuhan MADANI menawarkan lebih 90 jenis perkhidmatan kerajaan dan swasta melalui enam kiosk digital.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan oleh agensi-agensi dan syarikat-syarikat berikut:
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Pos Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- MyDigital ID (MIMOS)
Orang awam boleh membayar bil, memperbaharui lesen memandu, memperbaharui cukai jalan, membuat semakan status syarikat, mendaftar perniagaan, mencetak penyata KWSP, dan mengakses pelbagai perkhidmatan digital lain melalui Kiosk Sentuhan MADANI.
Kiosk ini direka untuk memudahkan urusan harian rakyat dengan menyediakan akses pantas dan efisien kepada perkhidmatan kerajaan serta swasta di satu lokasi.
Tambahan lagi, kiosk-kiosk ini beroperasi di luar waktu pejabat biasa, membolehkan orang ramai mengakses perkhidmatan kerajaan pada bila-bila masa yang sesuai dengan jadual mereka.
BACA JUGA: Kampung Angkat Madani – Program & Senarai Kampung
Kelebihan
Antara kelebihan Kiosk Sentuhan Madani:
- Waktu operasi yang lebih panjang dari pejabat Kerajaan.
- Perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta dikumpulkan setempat.
- Mudah dan boleh digunakan secara layan diri.
- Ditempatkan di kawasan tumpuan awam.
Sumber:
- PM lancar Kiosk Sentuhan MADANI pertama di Alamanda, Putrajaya – Malaysia Madani
- Kementerian Dalam Negeri (KDN)