Kena Sengat Lebah, Apa Perlu Buat dan Rawatan Yang Diperlukan?

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selain daripada menghasilkan madu yang manis dan berkhasiat, lebah juga dikenali sebagai serangga yang boleh menyengat manusia.

Sengatan daripada serangga ini juga boleh jadi sangat menyakitkan. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi yang teruk bagi individu yang mempunyai alahan kepada sengatan lebah.

kena sengat lebah
Sumber : GoodRX

Gejala Sengatan Lebah

Adalah penting untuk anda ketahui perbezaan sengatan lebah dan gigitan serangga lain.

Racun atau toksin yang menyengat akan memberikan tindak balas yang berbeza kepada tubuh.

Antara gejala sengatan lebah yang boleh dikenalpasti adalah seperti berikut :

  • Bengkak, kemerahan, sakit dan gatal di tempat sengatan.
  • Kesakitan yang hilang segera, namun bengkaknya boleh bertahan selama lebih 1 hari.
kena sengat lebah
Sumber : Medical News Today

Di samping itu, seseorang juga boleh alami tindak balas sistemik atau alahan pada sengatan lebah. Antara ciri-ciri alahan yang boleh dikenalpasti adalah :

  • Benjolan pada permukaan kulit serta gatal-gatal seluruh badan
  • Bengkak pada mulut atau tekak atau kedua-duanya
  • Pernafasan yang berbunyi ‘ wheezing’
  • Sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas
  • Loya dan muntah
  • Keresahan
  • Sakit dada

Dalam kes yang lebih teruk, sesetengah individu boleh alami kesukaran bernafas yang serius sehingga tidak sedarkan diri. Bahkan, ia boleh membawa maut.

Apa Perlu Buat Bila Kena Sengat Lebah?

Sumber : Australian Pacific Training

Langkah pertama yang anda perlu lakukan bila kena sengat lebah adalah mencabut penyengat yang ditinggalkan oleh serangga tersebut di tempat sengatan.

Penyengat perlu dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya ia lewat dikeluarkan walaupun hanya beberapa saat, ia boleh mengakibatkan lebih banyal racun disuntik masuk.

Tips Cabut Penyengat

  • Cari lokasi sengatan.  Biasanya anda akan merasa sakit dan panas di tempat sengatan.
  • Buang sengat secara dengan mencubit atau mengkikis. Anda juga boleh gunakan bantuan kad kredit atau penyepit kecil.

Kemudian tekapkan ais pada bahagian yang disengat selama 20 minit. Anda boleh ulanginya hingga bengkak reda. Cara ini dapat mengurangkan sakit serta bengkak yang dialami.

Anda boleh sapukan krim Calamine atau Hydrocort sekiranya ada di rumah. Anda juga boleh ambil ubat antihistamine jika ada.

Sumber : Public Health Malaysia

Rehat dan tinggalkan anggota badan yang terkena sengat. Bahagian yang disengat mungkin akan terasa sakit untuk beberapa jam.

Bengkak serta gatal akibat disengat juga mungkin akan berterusan selama seminggu.

Elakkan daripada menggaru kerana ia hanya akan meningkatkan lagi rasa bengkak dan gatal.

Rawatan Susulan

Anda dinasihatkan untuk dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin. 2% individu yang disengat lebah boleh menjdapat kejutan anafilatik akibat tindakbalas protein tertentu dalam racun sengatan.

Dalam kes ini rawatan kecemasan diperlukan kerana ia boleh mengancam nyawa.

Individu yang mengalami tindakbalas renjatan atau ‘shock’ memerlukan satu suntikan adrenaline.

Risiko untuk alami sesak nafas adalah lebih tinggi jika individu pernah terkena lebih daripada 10 kali sengatan atau terkena sengatan di bahagian tertentu iaitu dalam hidung, mulut atau tekak.

Sekiranya gejala bengkak, gatal atau sakit semakin teruk, dapatkan rawatan segera.

Sekiranya kali terakhir anda mendapat suntikan tetanus adalah 10 tahun lalu, suntikan vaksin tetanus juga mungkin diperlukan.

Sumber : myhealth.gov.my, Public Health Malaysia

Baca Juga : Fakta Tentang Semut Charlie Yang Ramai Tak Tahu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut