Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

kementerian pendidikan malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan sebuah kementerian yang berperanan membangunkan dan mengurus sistem pendidikan di Malaysia.

Pada saat artikel ini ditulis, jawatan Menteri Pendidikan Malaysia disandang oleh Puan Fadhlina Sidek sejak sejak 3 Disember 2022.

Kementerian Pelajaran Malaysia kini mempunyai ibu pejabat di alamat berikut:

Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia

KPM mempunyai sejarah yang panjang, mula dibentuk pada 9 Ogos 1955 iaitu sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi.

Malah, nama kementerian ini juga pernah beberapa kali berubah antaranya Kementeriaan Pendidikan Tinggi, Kementerian dan Pelajaran akbibat perubahan struktur pentadbiran negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi ialah suatu kementerian Malaysia yang wujud antara 27 Mac 2004 dan 14 Mei 2013, wujud hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh PM Abdullah bin Ahmad Badawi dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pada 15 Mei 2013, kementerian ini telah disatukan semula dengan Kementerian Pelajaran menjadi “Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia” atau ringkasnya “Kementerian Pelajaran Malaysia”.

Nama Kementerian Pendidikan Malaysia diguna pakai semula sebagai pengembalian kepada portfolio asal kementerian yang mempadukan pengurusan pelajaran sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Berikutan rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 menerusi satu sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) diwujudkan semula dengan rasminya.

Matlamat KPM

KPM diwujudkan untuk mencapai matlamat berikut:

  • menzahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • menzahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berkemahiran, dan bersejahtera
  • menyediakan sumber manusia untuk kemajuan negara
  • memberi peluang pelajaran kepada semua rakyat negara Malaysia.

Senarai Menteri

Berikut merupakan senara individu yang pernah memangku jawatan Menteri Pendidikan:

#NamaTempoh
perkhidmatan
1Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein1955 – 1957
2Tan Sri Haji Mohamed Khir bin Haji Johari1957 – 1959
3Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Talib1959 – 1965
4Tan Sri Haji Mohamed Khir bin Haji Johari1965 – 1968
5Tun Haji Abdul Rahman bin Haji Yakkub1969 – 1970
6Tun Haji Hussein bin Dato’ Seri Sir Haji Onn1970 – 1973
7Tun Dr. Mahathir bin Mohamad1974 – 1978
8Tun Musa bin Haji Hitam1978 – 1981
9Tan Sri Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud1982 – 1984
10Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi1984 – 1986
11Dato Seri Anwar bin Dato Haji Ibrahim1986 – 1991
12Tan Sri Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud1991 – 1995
13Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak1995 – 1999
14Tan Sri (Dr) Haji Musa bin Haji Mohamad1999 – 2004
15Dato Seri Hishammuddin bin Tun Haji Hussein2004 – 2009
16Tan Sri Muhyiddin Yassin2009 – 2015
17Dato’ Seri Haji Idris Jusoh (Menteri II)2013 – 2015
18Dato’ Seri Diraja Haji Mahdzir Haji Khalid2015 – 2018
19Dr. Maszlee Malik2018 – 2020
20Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin2020 – 2021
21Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (Dilantik Semula)2021 – 2022
22Puan Fadhlina Sidek2022 – kini

Artikel berkaitan: Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Laman web rasmi

Halaman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah https://www.moe.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut