Kemaskini idMe MOEIS KPM & Pengesahan Maklumat Murid

semakan penempatan tahun 1
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kemaskini idMe murid bukan sekadar satu keperluan pentadbiran tetapi juga satu tanggungjawab ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak mereka mendapat manfaat penuh daripada sistem pendidikan.

Dengan data yang tepat, segala urusan akademik, kebajikan, dan keselamatan murid dapat dikendalikan dengan lebih berkesan.

Baca juga: idMe KPM – Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026

Cara Kemaskini idMe Murid

Berikut adalah langkah-langkah lengkap untuk kemaskini idMe murid dalam sistem idMe:

Langkah 1: Log masuk ke Portal DELIMa

  1. Buka laman web DELIMa.
  2. Log masuk ke akaun menggunakan ID yang sah.
  3. Pada halaman utama, cari “Pautan ke servis KPM” atau klik ikon garis tiga (menu hamburger) untuk membuka menu.

Langkah 2: Pilih Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

  1. Dalam menu yang terbuka, skrol ke bawah dan cari “Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)”.
  2. Klik pada pilihan tersebut untuk meneruskan ke halaman log masuk idMe.

Langkah 3: Masukkan Maklumat Log Masuk

  1. Di halaman Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), masukkan:
    • Nombor Kad Pengenalan (KP) ibu bapa atau penjaga.
    • Kata laluan yang telah ditetapkan sebelum ini.
  2. Jika terlupa kata laluan, klik “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula melalui e-mel yang boleh diakses.

Langkah 4: Pilih Aplikasi dalam Dashboard

  1. Setelah berjaya log masuk, di bahagian kiri skrin, cari dan klik “Aplikasi”.
  2. Pilih “Pengurusan Awam” dari senarai aplikasi yang dipaparkan.

Langkah 5: Masuk ke Modul Pengurusan Awam

  1. Dalam paparan aplikasi, cari dan klik ikon “Pengurusan Awam” untuk mengakses sistem pengemaskinian maklumat.

Langkah 6: Kemaskini Maklumat Murid

  1. Dalam menu Pengurusan Awam, pilih “Pengurusan Profil”.Kemaskini semua maklumat penting termasuk:
    • Maklumat Peribadi
    • Maklumat Alamat
    • Maklumat Pasangan
    • Maklumat Anak Jagaan
  2. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.

Klik nama anak dan isi maklumat terperinci.

Klik ‘Pengesahan’ setelah semua maklumat selesai diisikan.

Langkah 7: Simpan & Hantar

Setelah selesai mengemaskini, klik “Simpan” untuk memastikan data baharu dikemas kini dalam sistem.Satu mesej pengesahan akan dipaparkan menyatakan “Maklumat Profil Berjaya Dikemaskini”.Klik “OK” untuk melengkapkan proses.

Selesai! Maklumat murid telah berjaya dikemaskini dalam sistem idMe. Pastikan anda menyemak semula setiap maklumat yang diubah untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

Kami kongsikan juga infografik yang dikongsikan oleh KPM :

Video Tutorial : Cara Daftar idMe

Video Tutorial : Cara Kemaskini Maklumat Murid / Anak Jagaan

i) Alamat

ii) Maklumat Ibu Bapa

iii) Maklumat Kesihatan Anak

    Kepentingan Mengemaskini Maklumat Murid

    Mengemaskini maklumat murid dalam sistem idMe adalah sangat penting bagi memastikan semua data yang berkaitan dengan pelajar sentiasa tepat dan terkini. Berikut adalah beberapa kepentingan utama:

    • Rekod Pelajar Terkini – Memastikan alamat, nombor telefon, dan maklumat kesihatan sentiasa dikemas kini.
    • Memudahkan Urusan Sekolah – Pentadbiran lebih lancar dalam pengurusan kehadiran, akademik, dan kokurikulum.
    • Bantuan dan Insentif – Memastikan murid yang layak menerima RMT, biasiswa, dan bantuan lain.
    • Pendaftaran Peperiksaan – Mengelakkan masalah dalam pendaftaran SPM, STPM, dan ujian lain.
    • Kesihatan Pelajar – Rekod kesihatan yang tepat membantu pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga.
    • Pertukaran Sekolah – Proses permohonan dan pendaftaran sekolah baru menjadi lebih mudah.
    • Komunikasi dengan Ibu Bapa – Memastikan ibu bapa mendapat makluman penting daripada sekolah.

    Maklumat Lanjut

    Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan), anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

    Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

    ATAU

    Rujuk manual pengguna idMe :

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut