Untuk tujuan pertanyaan, perkataan yang boleh digunakan adalah Kata Tanya.
Namun, adalah penting untuk murid-murid menggunakan kata ini dengan betul bagi tujuan penggunaan yang betul.
Mengenai Kata Tanya
Kata ini merupakan perkataan yang digunakan oleh seseorang untuk menanyakan sesuatu atau perkara yang lain.
Ianya merupakan kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya yang lazimnya diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
Kata ini boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
Jenis Kata Tanya
Terdapat 7 jenis kata ini seperti berikut:
Kata Tanya | Tujuan Penggunaan |
Siapa (kah) | Orang |
Apa (kah) | Benda, Perkara, Hal, Binatang, Tumbuhan |
Mana (kah) | Tempat |
Bagaimana (kah) | Cara |
Bila (kah) | Tempoh Masa atau Masa |
Berapa (kah) | Bilangan |
Ada (kah) | Setuju atau Tidak |
Contoh Ayat
Kata ini lazimnya mempunyai partikel ‘kah’ seperti berikut:
Kata Tanya | Contoh Ayat |
Siapa | – Siapakah nama awak? – Siapakah nama datuk awak? |
Apa | – Apakah kegunaan alat ini? – Apakah yang terkandung di dalam kotak ini? |
Mana | – Di manakah letaknya Pekan Rabu? – Di manakah letaknya Kedai Makan Aisyah? |
Bagaimana | – Bagaimanakah cara membuat kuih yang sedap ini? – Bagaimanakah cara untuk ke Kuantan? |
Bila | – Bilakah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri? – Bilakah awak akan ke Kuala Lumpur? |
Berapa | – Berapakah jumlah basikal yang berada di sekolah? – Berapakah jumlah hari dalam sebulan? |
Ada | – Adakah awak sudah makan? – Adakah awak akan ke sekolah esok? |
Contoh Latihan
Murid boleh menggunakan contoh latihan ini untuk mengasah kefahaman mereka dalam pembelajaran ini:
Nota Ringkas
Nota ringkas mengenai kata ini adalah seperti berikut: